Loading...
MK

MENAKUTKAN !! Bayi Batuk & Muntah² Lepas Didekati Perokok, Doktor Tunjuk X-Ray Yg MENGEJUTKAN !!!

MENAKUTKAN !! Bayi Batuk & Muntah² Lepas Didekati Perokok, Doktor Tunjuk X-Ray Yg MENGEJUTKAN !!! | Anak baru berusia sebulan lebih, namun disahkan menghidap pneumonia gara-gara didekati perokok. Mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada anaknya, wanita ini menggesa golongan bapa yang merupakan perokok, tidak mendekati anak mereka yang masih bayi bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

KEPADA ibu bapa di luar sana yang masih ada anak berusia bawah 2 tahun, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya dengan anda. Terutamanya golongan bapa yang merupakan perokok sama ada heavy atau light.

Kalau nak merokok, tolong pergi jauh dari baby. Selepas merokok pun jangan mendekati baby. Sebaik-baiknya pergi mandi sehingga bersih dan kemudian baru boleh mendekati baby.

Walaupun kita dah cuci tangan, tetapi asap dari pembakaran rokok masih lagi melekat di pakaian, rambut dan banyak lagi.

Gambar ini dirakam sewaktu Danny ditahan wad dan disahkan menghidap pneumonia. Waktu itu dia baru sahaja berusia 1 bulan 19 hari (49-50 hari lebih kurang) dan disahkan menghidap pneumonia.

Apa itu Pnuemonia? Pneumonia adalah penyakit radang paru-paru yang disebabkan non-microorganisme (bahan kimia, radiasi, toksin atau ubat-ubatan). Pneumonia yang berlaku di bahagian paru-paru yang berfungsi sebagai pertukaran udara sehingga penghidap pneumonia mengalami gangguan pertukaran udara di paru-paru.

Jadi, sewaktu Danny terkena penyakit ini, dia batuk tanpa kahak. Kemudian apabila dia menyusu, susu dimuntahkan keluar. Hampir dua minggu keadaan Danny begitu dan tidak dibawa ke hospital.

Bimbang keadaan anak semakin teruk, terus bawa ke hospital. Apabila doktor membuat imbasan x-ray, paru-paru Danny dah macam teruk dan terus ditahan wad di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Di HUS, macam-macam yang mereka lakukan pada Danny. Malah kerap mengambil darahnya, siapa tak kasihan melihat keadaan anak kecil sebegini? Bayi yang berusia sebulan terpaksa melalui penderitaan seperti ini. Tetapi oleh kerana mahu anak kembali sembuh, terpaksa kuatkan hati untuk melihat dia begitu dan banyakkan berdoa.

Selepas diberi antibiotik, seminggu kemudian Danny kembali pulih. Jadi, ibu bapa tolonglah jangan ambil mudah perkara seperti ini kerana pneumonia ini boleh menyebabkan anak hilang nyawa jika tidak dirawat.

Sekarang, Alhamdulillah Danny sudah sihat tetapi kadang-kadang bila demam dan batuk, memang saya segera bawa di mendapatkan rawatan di klinik.

Pesanan saya, sayangilah anak-anak kita. Bila tengok anak tak sihat, segera bawa anak pergi mendapatkan rawatan di klinik/hospital. Smeoga apa yang berlaku pada anak saya, Abdul Zafran Daniel, 10 bulan, tidak berulang pada anak-anak yang lain.

Sumber : Nur Amira Bakri Via TheReporter

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

The post MENAKUTKAN !! Bayi Batuk & Muntah² Lepas Didekati Perokok, Doktor Tunjuk X-Ray Yg MENGEJUTKAN !!! appeared first on MALAYSIA KINII.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.