Loading...
sk

Khairul Hafiz Jantan Dilihat TERJATUH Pada Acara 100M Lelaki Akhir Sukan Sea Tadi ???

Khairul Hafiz Jantan Dilihat TERJATUH Pada Acara 100M Lelaki Akhir Sukan Sea Tadi ???| Menerusi saluran secara langsung dari saluran Astro Arena HD 802, memaparkan kemenangan bersejarah buat negara apabila Khairul Hafiz Jantan , 19 tahun telah membuktikan bahawa dia ialah Jaguh Pecut Asia Tenggara apabila telah memenagi pingat EMAS kebanggaan rakyat Malaysia dalam acara itu sebentar tadi.

Dia telah menewaskan pesaing terdekatnya Jaguh dari Filipina Eric Shauwn Cray yang telah mendapat pingat perak. Kejayaan ini turut disambut meriah bersama tetamu Kehormat yang turut berada di Stadium iaitu Perdana Menteri Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Turut kelihatan Menteri Belia & Sukan YB Khairi Bin Jamaluddin. Kali terakhir Malaysia memenangi Pingat Emas di sukan SEA adalah pada tahun 2003 menerusi Nazmizan Mohamad. Tahniah Khairul kerana berjaya mendapatkan gelaran “Manusia Terpantas Asia Tenggara”

Namun diakhir perlumbaan, ketika Khairul baru sahaja mengangkat tangannya untuk meraikan kejayaan kemenangan bermakna ini, Khairul dilihat sedikit tersilap langkah & terjatuh di hujung trek. Mujurlah dia jatuh ketika perlumbaan sudah berakhir. Namun tiada kecederaan yang dilihat. Khairul didapati terus bangkit & menyambung sambutan kegembiraannya berlari membawa Jalur Gemilang. Senyuman jelas terukir dibibirnya sepanjang lariannya membawa Jalur Gemilang.

VIDEO PENUH 100M LELAKI AKHIR SUKAN SEA 2017 KL & KHAIRUL TERJATUH !!!

The post Khairul Hafiz Jantan Dilihat TERJATUH Pada Acara 100M Lelaki Akhir Sukan Sea Tadi ??? appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.