Loading...
TR

Buang janin bayi perempuan dalam tong sampah


TAWAU, SABAH - Janin perempuan berusia 22 minggu ditemui dalam tong sampah berdekatan bengkel kenderaan di Jalan Apas, Batu 3, semalam, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, orang awam menemui janin tersebut di dalam tong sampah dan memaklumkan penemuan yang mengejutkan itu kepada polis. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Superintendan Fadil Marsus berkata, sebaik saja menerima laporan itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. 

"Kita menemui janin seberat 200 gram itu dalam bungkusan baju jeans berwarna biru gelap. Janin itu dihantar ke Hospital Tawau untuk dibedah siasata sebelum disahkan bahawa janin itu adalah janin bayi perempuan. 

"Hasil laporan bedah siasat, bayi berkenaan tidak mampu untuk hidup kerana paru-parunya belum berfungsi sepenuhnya. 

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran mendapati, terdapat dua lelaki yang meletakkan bungkusan yang mengandungi janin itu ke dalam tong sampah berkenaan pada jam 3.30 pagi. 

"Bagaimanapun, gambaran fizikal suspek sukar diperolehi kerana rakaman CCTV itu tidak begitu jelas," katanya. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.