Loading...
KV

3 Tahun Takda Anak..Jodohkan Kawan Baik Untuk Suami,Pastu Ini Balasan Ku Terima…

3 Tahun Takda Anak..Jodohkan Kawan Baik Untuk Suami,Pastu Ini Balasan Ku Terima… | Masih ingat lagi tak kisah saya yang nak pinangkan besffriends untuk suami saya, kali ni tuhan telah makbulkan doa saya. Doa yang selama ini tak pernah putus saya bermohon selama tiga tahun berkahwin.

Pagi tadi saya disahkan mengandung tiga bulan. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya saya. Inilah moment yang paling saya gembira sampai gugur airmata, mana taknya saya dikurniakan empat orang cahaya mata sekali gus. Ya saya dapat kembar empat.

Suami saya memang dah tolak pinangan besffriends saya dalam dua hari lepas. Sebab dia mengatakan yang dia dapat rasakan seperti ada satu keajaiban akan terjadi semasa suami saya solat istikoroh dan betul-betul terjadi keajaiban yang dia rasakan itu. Syukur pada mu ya Allah.

#Mesej terdahulu :

salam warga krt, mohon hidekan facebook saya ya. saya ingin mohon pendapat dari rakan-rakan semua. Kisahnya begini, saya sudah berkahwin selama tiga tahun namun masih belum dikurniakan anak. Si suami saya kerap bersuara inginkan anak. Memikirkan perkara itu yang membuatkan saya lemah semangat.

Dalam masa yang sama ada seorang sahabat baik saya yang sama umur dengan saya sudah mempunyai dua orang anak dan dia berstatus (janda). Anaknya yang sulung berumur empat tahun manakala yang bongsu baru dua bulan. Kawan baik saya itu tidak bekerja dan hanya mengharapkan pertolongan dari keluarga dia.

Oleh kerana itu saya berfikir, macam mana ya kalau saya tolong pinangkan dia untuk suami saya. Tujuannya kerana saya kesian dengan dia. Mana dengan anaknya nak susu dan pampers namun duit tiada untuk menampung kos itu semua. Memandangkan suami saya mahukan zuriat tapi saya cadangan ini saya tak bagitahu lagi pada suami tentang hal ini. Mohon beri pendapat yer, jangan kecam saya. Niat saya nak kurangkan beban sahabat saya dan ingin menunaikan hasrat suami saya.

Kredit :- KRT

The post 3 Tahun Takda Anak..Jodohkan Kawan Baik Untuk Suami,Pastu Ini Balasan Ku Terima… appeared first on KITA VIRAL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.