Loading...
MK

VIRAL Wanita Muallaf Ingin Murtad Semula, Ini Cerita Sebenar Dari Mufti Perlis !!!

VIRAL Wanita Muallaf Ingin Murtad Semula, Ini Cerita Sebenar Dari Mufti Perlis !!! |Telah tular satu kes di Whatsapp tentang seorang muallaf wanita bernama Nur Hidayah Low Binti Abdullah yang dikatakan hampir memberikan anaknya kepada orang lain dan mahu murtad kerana diceraikan suaminya.

Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) segera melakukan siasat dan kunjungan dan dapat bertemu dengan Nur Hidayah Low. Video ini adalah penafian dari tuan punya badan bahawa apa yang ditularkan itu adalah TIDAK BENAR!!!

Diharapkan semua sahabat akan lebih berhati-hati dalam menularkan apa jua maklumat sebelum kita mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan isu itu.

Tahniah kepada MAIPs di atas respon yang cepat dan kami percaya, majoriti Majlis dan Jabatan Agama di seluruh Msia juga berusaha keras turun padang membantu dengan kadar yang segera.

Kenyataan Dari Mufti Perlis :

Pagi-pagi hari ini saya menerima mesej dari seorang tokoh memberitahu bahawa telah viral ada muallaf di Perlis nak murtad sebab dalam kesusahan. Kononnya, sampai mahu serah anaknya kepada orang lain. Sebaik sahaja menerima mesej itu saya telah mohon pihak MAIPs siasat segera.

Di sebelah pagi tadi saya ada urusan rasmi di Istana Arau. Semasa itu banyaklah mesej dari pelbagai pihak tentang hal itu. Hairan juga saya, bagaimana operasi MAIPs mencari asnaf yang begitu bersungguh-sungguh gagal mengesan kes ini.

Sebaik sahaja keluar dari Istana, saya terus pergi ke tempat berkenaan bersama CEO MAIPs al-fadhil Ustaz Mohd Nazim Mohd Nor. Maka di sini saya ingin jelaskan beberapa perkara;

-beliau baru pindah ke Perlis beberapa bulan sahaja. Bukan berasal dari Sarawak seperti yang diviralkan tetapi daripada Melaka.

-beliau diceraikan oleh suaminya dan terpaksa menanggung kehidupan bersama dua anaknya.

– MAIPs telah membantu beliau sejak beberapa bulan lagi. Sehingga kini sudah RM 2000 diberikan. Bantuan pihak MAIPs berterusan sehingga kini.

-Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada memberikan bantuan bulanan. Demikian PERKIM Perlis juga membantu.

-Imam Masjid kampung berkenaan telah memberi tumpang rumah kedai kepunyaannya secara percuma sejak beberapa bulan. Saya kagum dengan budi mulia imam berkenaan.

-beliau selalu hadir kelas agama PERKIM dan tidak pernah ingin murtad ataupun menyerahkan anak kepada pihak lain seperti yang diviralkan.

-anaknya yang pertama berusia 8 tahun bersekolah dengan baik.
-Pun begitu, pihak MAIPs merasakan beliau memerlukan rumah yang lebih selesa dan akan mengusahakan.

-Jika sesiapa ingin menghulurkan bantuan, beliau memang dalam kategori asnaf zakat. Silalah berbuat kebajikan.

Akhirnya, saya ingin menyebutkan, hari ini pelbagai organisasi di Perlis dan luar Perlis bertalu-talu ke rumah beliau untuk menghulurkan bantuan. Saya selaku Mufti Negeri dan mewakili MAIPs mengucapkan terima kasih yang amat. Ia merupakan lambang keprihatinan kita semua terhadap saudara muslim kita. Semoga Allah memberi rahmat atas semangat ukhuwwah kita yang ikhlas itu.

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

The post VIRAL Wanita Muallaf Ingin Murtad Semula, Ini Cerita Sebenar Dari Mufti Perlis !!! appeared first on MALAYSIA KINII.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.