Tiba² Datang Suami Isteri Ini Dgn Muka Keletihan Ke Rumah Aku. Bila Di Soal, Jawapan Mereka Buat Kami MENANGIS !!!| Sebelum 20 minit azan Maghrib berkumandang tadi, kedatangan sepasang suami isteri bertanya isteri; “Kakak, itu besi tak mau lagi ka? Saya mau ambil…”. Kebetulan saya pun ada di luar sambil mengemas persekitaran datang mendekati pasangan yang berusaha menjemput rezeki dengan mengutip besi-besi buruk.
“Abang mai dari mana?”, saya bertanya. Balas si suami, “saya mai dari Amanjaya bang. Saya tau ini besi mau buang tapi saya mau tanya juga mana tau takut abang kakak tak mau bagi.”. Memang kami dok fikir juga macam mana mau angkat dan kat mana nak buang besi ni?. Tup-tup Allah menghantar mereka mai kutip besi-besi buruk ni.
Sambil mereka (si suami & isteri) dok ikat besi dan berusaha susun agar barang-barang lusuh tak jatuh, saya bertanya beberapa soalan.
Soalan & jawapan:
Saya: Kerja apa dok buat selain kutip besi ni?
Mereka: Kami kerja kutip barang-barang lama ja, saya baru diberhentikan kerja 2 bulan dah.
Saya: Berapa ringgit yang abang dapat sekarang dengan ni semua?
Mereka: Sekarang bang, 50 sen ja sekilo bang besi ni. Ini pun tak tahu berapa dapat nanti.
Saya: Anak berapa orang?
Mereka: Anak baru seorang umur 4 tahun tapi baru ja ‘operation’ sebab paru-paru berair.
Saya mula bergenang air mata.
Saya: Yaka, aiyo teruknya. Habis sekarang siapa jaga anak?
Mereka: Emak saya jaga anak. Mak saya pun sekarang umur 63 tahun lagi kami jaga adik (16 tahun) ‘accident’ patah kaki kiri kena ‘operate’ juga.
Saya masih menahan air mata.
Saya: Dok di Amanjaya rumah sewa?
Mereka: Masih sewa bang, sebulan RM300. Belanja anak ja bang pun dah mahai, banyak barang pun naik bang. Kami susah tak apa bang, jangan anak, emak dan adik saya susah sudahlah.
Saya: Sabarlah bang, abang dan kakak masih muda, tenaga ada kerjalah selagi mana boleh kerja.
Saya berjalan masuk rumah, saya menangis dan rasa sangat simpati dengan ujian demi ujian yang menimpa keluarga yang kurang bernasib baik ini.
Saya masuk terlebih dahulu (dah tak tahan dengan air mata ni) ambil wang setakat yang ada untuk diberikan manakala isteri tercintta pula ambil pakaian yang lama dan masih elok untuk diberikan buat anak mereka.
Sambil mereka bersiap untuk pergi balik dengan rezeki yang mereka kutip di jalanan, saya memberikan not (wang) yang ada kepada si suami itu.
Saya berusaha menahan air mata ini (alhamdulillah berjaya tahan) tatkala melihat genangan air mata yang ditahan oleh si suami berkenaan sambil menunjukkan wang kepada isterinya.
Saya dan isteri bersyukur sangat dengan kehadiran mereka ini membuatkan kami terlebih rasa syukur dengan apa yang nikmat yang kami ada sekarang ini.
Kami tidak mengira dari kaum mana, agama mana yang berusaha menjemput rezeki untuk keluar dari kemiskinan, kami berusaha bantu sehabis baik sebab kita datang dari Tok Ayah dan Tok yang sama (Adam & Hawa).
Memang benar, kita kena kaya. Kita mesti kaya agar dapat bukan hanya membantu diri kita dan keluarga kita malahan kita dapat membantu orang lain di sekeliling kita juga. Dengan hanya memberi, InsyaAllah maka berlipat-gandalah lagi rejeki kita di masa akan datang.
Rezeki yang datang bukan hanya wang ringgit, ia juga datang dalam bentuk kebahagiaan, kekayaan kesihatan dan mudah-mudahan hidup kita sentiasa dirahmati Allah selalu dunia dan juga akhirat.
Sumber : Azrain Alaman
P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!
The post Tiba² Datang Suami Isteri Ini Dgn Muka Keletihan Ke Rumah Aku. Bila Di Soal, Jawapan Mereka Buat Kami MENANGIS !!! appeared first on HARIAN METRONI.