Loading...
TR

'Selepas seminggu, muka jadi bengkak' - Gadis kongsi pengalaman buruk jalani rawatan lazer


Siapa saja yang tak nak cantik? Kalau ada banyak duit, habis pulun segala produk kosmetik atau rawatan kecantikan. Walaupun begitu, usahlah terlalu obses sehingga memudaratkan diri seperti yang berlaku pada wanita ini.

Hanya kerana tidak berpuas hati dengan bintik hitam di hidungnya, lalu buat rawatan lazer dan akibatnya? Sila rujuk gambar. Kasihan melihat kulit wajahnya yang teruk. Semoga menjadi pengajaran buat golongan wanita terutamanya mereka yang terlalu obses dengan kecantikan sehingga mengabaikan kesan sampingan dari produk atau rawatan kecantikan.

Thread untuk buatkan anda bersyukur dengan diri sendiri. How fast I transformed from pretty to ugly.

Dulu orang selalu cakap saya cantik. (Perasan). Dulu la, cuma aku benci gila bintik-bintik hitam atas hidung. Kalaulah boleh dipadamkan dengan pemadam, kan best? 

Bila rasa tak cantik, mulalah Google rawatan apa yang boleh menghilangkan bintik-bintik hitam dan ramai yang sarankan rawatan lazer sebab ia pantas dan berkesan. 

Kemudian saya pergi ke sebuah klinik pakar kecantikan. Pakar weh! Pakar! Mahal pula tu. Saya punyalah teruja nak buat rawatan lazer itu sampai walaupun sakit seperti muka digigit seribu ekor semua merah, saya tahan saja sebab nak cantik. 

Selepas dua hari kemudian, saya telefon dan tanya doktor. Katanya normal bila buat rawatan lazer, bintik-bintik hitam akan menjadi lebih hitam. Tetapi selepas seminggu, akan tertanggal dan jadi cantik. 


Namun selepas seminggu, muka saya menjadi bengkak. Memang kalutlah saya, tak tahu nak buat apa. Saya memandu kereta sambil meleleh air mata pergi ke klinik itu semula. 

Saya pergi berjumpa semula dengan doktor itu. Sampai saja di klinik, semua orang terkejut melihat saya. Gila baq hang! Sedih weh, sedih. Gila tak sedih? Iyelah, datang jumpa pakar kecantikan sebab nak cantik, bukannya nak bagi muka jadi bertambah hodoh. 

Doktor pula kata, ini kali pertama pesakitnya jadi begini. Saya nak buat apa? 


Banyak ubat yang dia berikan untuk saya pulih semula. Tetapi kesemua ubat yang diberikan itu tidak berkesan pada muka saya. Lalu saya pergi ke klinik lain untuk lakukan pemeriksaan. Dan untuk makluman, sudah banyak duit saya dihabiskan untuk ini. 

Saya malu, waktu raya haji, saya duduk dalam bilik dan tak mahu keluar jumpa orang. Saya rasa masa itu adalah masa yang paling murung dalam hidup saya. Saya jenios orang yang periang dan enjoy. Tetapi bila jadi begini, keyakinan dalam diri saya hilang. Setiap malam saya menangis. Setiap malam. 

Tahu tak apa perasaan bilamana kita tak boleh salahkan sesiapa kecuali diri sendiri? Demi Allah saya cakap, saya tak kuat pada masa itu. Ada masanya saya pukul dan tampar diri sendiri sebab tak tahu nak menyalahkan siapa. Bunyi macam orang gila, kan? Sakit juga pukul diri sendiri. (Hahaha!)

Masa ini saya menjauhkan diri saya daripada semua orang. Saya tak muat naik gambar di Instagram atau mana-mana media sosial. Saya lebih banyak luangkan masa dengan keluarga dan sejadah. 

Memang betul apa yang orang kata, Allah timpakan musibah itu bukan saja-saja. Dia mahu saya mencari Dia, merayu pada Dia. Allah Maha Kuasa. 

Semasa saya jauhkan diri daripada semua orang termasuk semua kawan baik saya, ada seorang kawan lelaki saya yang setiap hari ada bersama saya. Setiap hari dia mesej dan call sebab nak tahu perkembangan saya. Dia kata pada saya dia berkawan dengan saya bukan disebabkan rupa. Dia beri semangat pada saya habis-habisan. 

Dia cakap saya cantik dengan cara saya yang tersendiri, bukan saja sebab rupa tetapi memang sebab diri saya. Dia tak tahu pun saya menangis bila dia berkata begitu. 

Sampai ke hari ini dia tidak tahu yang dia buatkan saya kuat sewaktu saya hampir menyerah kalah. Saya yakin bila kita sedang sudah, Allah akan hantarkan orang untuk membantu atau menemani kita. 

Bukannya saya kata tiada kawan yang lain, saya tahu semua kawan-kawan sayangkan saya. Tetapi jika mereka tahu keadaan saya begini, mereka semua mesti akan mesej, telefon dan datang berjumpa dengan saya terus. 

Alhamdulillah sekarang dah okay. Dah boleh kongsi cerita ini, kira dah okay banyak. Muka saya dah pulih selepas setahun. 

Mengenai klinik tersebut, saya tak dedahkan sebab tak nak burukkan klinik itu. Cuma nak nasihatkan, sebelum pergi buat apa-apa rawatan, bertanyalah pada orang dulu. Sekadar mencari maklumat di Google, tidak mencukupi. Juga suruh doktor periksa keadaan kulit muka terlebih dahulu. 

Kalau ibu bapa tak bagi, jangan buat. Redha mereka penting sangat-sangat. Saya rasa saya jadi begini pun, salah satu sebabnya ibu saya tak benarkan saya buat pada mulanya. 

Bersihkan dalaman 'hati' dan kalau nak cantik, berdoa dan meminta pada Allah. Doa itu segalanya. Nak minta apa pun berdoalah kepadaNya. Cantik ke, kaya ke, semua ke. 

Tips cantik: Semasa ambil wuduk, sewaktu sapu air di muka, doa dalam hati, "Ya Allah beri muka aku bercahaya di dunia dan akhirat."

Kepada kawan-kawan yang tak berhenti-henti call, saya dah sihat. Ini cerita tahun lepas dan terima kasih sebab ambil berat.

Sumber: Farah Azlin

About Cite Malaya

Powered by Blogger.