Loading...
TR

'Saya suruh awak make-up, saya bayar dan kenapa tak cerita dari A-Z?' - Mimi Syahira


Susulan viral status Facebook seorang Make-up Artist (MUA) yang mendakwa pelanggannya menipu dan melenting apabila ditegur, individu berkenaan tampil mempertahankan diri dan memberi penjelasannya mengenai isu yang timbul. 

"Wow! Kena viral. Apalah masalah awak, Ayura Henna? Kasihan tengok awak. Saya suruh awak make-up apa pun, saya bayar, bukannya saya curi barang make-up awak ke apa. Bukannya saya seluk dompet awak dan bawa lari duit awak ke apa. 

"Masa make-up pun, sudahlah barang make-up awak itu ini habis. Bulu mata pun awak bagi yang tidak sesuai dengan saya. Itupun saya okey saja. Awak kata bulu mata kena order tetapi kena tunggu 2-3 hari sampai. 

"Alamak, awak patutnya kena bagi harga yang lebih murah lagilah sebab bulu mata awak bagi itu tidak elok untuk saya. Tetapi saya okay saja. 

"Dah saya pandai bajet, yang awak naik gila kenapa? Kasihanlah. Awak sendiri yang menjatuhkan status MUA. Saya rasa saya tak salah sebab saya bayar. Jadi, awak cuma make-up dan selepas make-up, apa yang saya nak buat itu adalah hal saya. 

"Antara saya dengan awak, dah tak ada kena mengena. Awak orang berniaga, nak pergi ke mana? Awak tunggulah rezeki awak tu jatuh atau turun dengan cara awak macam ini," kata Mimi Syahira dalam status reaksi awal yang dimuat naik pada jam 2.05 petang tadi. 

Namun, pada jam 5.28 petang, Mimi Syahira memuat status keduanya yang mengulas 'penuh' tentang isu yang berbangkit di antara kedua-dua pihak. 


"Mula-mula dia upload gambar make-up "TQ Mimi" tanpa ada ayat yang menunjukkan tak puas hati atau apa-apa. Keesokannya dia upload lagi gambar. 

Make-p dinner pukul satu. Mimi nak pergi dinner di Cinta Sayang bla.. blaa..

(Ayat macam perli sebab mungkin dia dah nampak di wall Facebook, gambar yang dimuat naik oleh saya sebab saya ada add dia.)

"Sebelum dia post itu, mungkin dia sudah bersembang dengan geng-geng kampung dia cakap itu ini seperti mana yang dia nyatakan sendiri di wall Facebooknya itu. 

"Terus gambar itu dikecam, cakap macam-macam. Motifnya di sini, kapsyen gambar MUA itu tak tulis pun kita tak puas hati bagai, tetapi tulis jam 1 petang dan beritahu nama tempat dinner," katanya. 

Mimi mengaku dia terasa sebab status yang dimuat naik oleh MUA berkenaan bagi dirinya seperti memerli dirinya. Namun masih bersabar lagi. 

"Apa yang saya bengang, orang kecam yang bukan-bukan. Nampak sangat dia suruh geng-geng dia datang perli. Kenapa dia make-up sanding, dia tak tulis pun kawan tu pergi make-up pukul berapa dan di mana tempat kenduri yang dia nak buat itu?

"Dari situ dah tahu yang dia dah cerita di belakang. Kalau setakat nak cerita tak suruh kawan-kawan dia datang kecam, saya okay saja. Tetapi disebabkan dia suruh mereka kecam, seolah-olah saya tipu dan tak bayar perkhidmatannya. Seolah-olah saya nak minta dia taja make-up percuma ini konon nak pergi dinner sedangkan merisik. 


"Saya masih okey lagi dan turut komen di statusnya itu. Tetapi dia diam menyepi kononnya tak masuk la, nak kata dia bagus agaknya. Kemudian ramai yang komen macam-macam. 

"Saya menghubungi dia dan tanya kenapa dia cerita perkara yang tidak betul di wall Facebooknya? Kenapa tak cerita dari A - Z? Saya juga tanya kenapa dengan kawan-kawannya itu yang seperti tidak puas hati dan sakit hati dengan saya? Sedangkan saya bayar, bukannya tak bayar. 

"Kemudian dia pun berlakon kata itulah, buat tak tahu saja pada mereka. Senangnya dia cakap suruh buat tak tahu. Kalau dia tak cerita pada orang, orang pun takkan perli-perli. Paling-paling pun orang akan komen cantiknya hasil make-up MUA ini. 

"Kalau nak ikutkan viral, kami boleh saja viral. Kondem minta make-up dinner, MUA minta bayaran RM100 tetapi bulu mata pun tak ada. Katanya bulu mata habis, tapi kami tak kisah," jelasnya. 

Tambah Mimi lagi, wanita itu sebenarnya yang tidak puas hati sehingga memuat naik perkara itu di Facebook menyebabkan dia menjadi mangsa kecaman rakan-rakan wanita berkenaan. 

"Hmm hakak sedih la bila kak dah ikhlas make-up, tapi rupa-rupanya adik-adik ini menipu hakak. Len kali kalau nak bajet ke apa ke, cakap saja. Kak jenis tak kisah orangnya tapi janganlah sampai menipu taw. Sedih hakak" - status yang dimuat naik MUA berkenaan seperti yang ditulis oleh Mimi Syahira di Facebooknya. 

Status itu mengundang pelbagai reaksi dari rakan-rakannya yang bertanya siapa individu yang menipu, apa yang ditipu dan sebagainya. 

Bagi Mimi Syahira, dia redha dengan apa yang berlaku dan mungkin akan menghubungi wanita itu untuk meminta maaf. Tetapi hasrat itu terbantut apabila kawan-kawan wanita itu memerlinya secara terbuka dan ada segelintir yang tag nama dia di ruangan komen Facebook MUA berkenaan. 

Meskipun nombor telefon dan nama Facebooknya tidak didedahkan, Mimi mendakwa MUA berkenaan telah mendedahkan Facebooknya kepada rakan-rakannya secara 'PM Tepi'.  

Sementara itu di Facebook, netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada diantaranya menyokong Mimi Syahira dan tidak kurang juga yang mempertahankan MUA. 











Walau apa pun, diharapkan kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian dan berdamai dengan cara yang baik.

Dalam semakan terkini, post luahan yang dimuat naik oleh MUA Ayura Henna telah pun dipadamkan. Begitu juga dengan Facebooknya yang juga sudah hilang dari 'radar'.

Berita berkaitan: 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.