Frankielen da Silva Zampoli Padilha, 21 dari Campo Largo, meninggal dunia semasa hamil sembilan minggu selepas mengalami strok secara tiba-tiba dan maut.
Melihat jantung embrio di dalam rahimnya masih bernafas, para doktor memberikan usaha yang terbaik bagi memastikan si ibu terus hidup.
Suaminya, Muriel Padilha, 24, berkata, "Saya dalam perjalanan pulang dari kerja Oktober lalu apabila Frankielen menelefon dan merayu agar saya segera pulang ke rumah.
"Dia kata kepalanya sangat sakit. Saya nasihatkan dia makan ubat tetapi dia menjelaskan bahawa dia mengalami kesakitan yang amat teruk di belakang lehernya sehingga membuatkan dia rasa mahu pengsan," katanya.
Apabila tiba di rumah, Muriel mendapati isterinya menangis, menggigil dan muntah, lalu segera membawanya pergi ke hospital.
"Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia berkata, 'saya nak awak bersedia untuk menerima ini kerana saya akan tinggal di situ dan tidak akan kembali lagi.'.sebelum dia pengsan dan itulah kata-kata terakhir yang dia ucapkan serta kali terakhir saya melihat dia masih bernyawa," kata Muriel.
"Doktor memaklumkan yang mereka akan memberi tempoh selama tiga hari untuk kandungannya kerana mereka telah menjalani CT scan terhadap isteri saya beberapa kali, mengubatinya dengan ubat-ubatan yang kuat serta memberinya antibiotik.
"Sebaik saja jantung dalam kandungannya sudah tidak lagi berdenyut, mereka akan matikan alat sokongan dan saya boleh kebumikan isteri," katanya.
"Kami buat keputusan untuk menjaga dan memastikan dia terus hidup untuk menyelamatkan bayi kembarnya sehingga cukup masanya kelak. Dan setiap hari kami akan memantau perkembangan mereka," kata Doktor Dalton Rivabem, Ketua ICU Neurologi di hospital berkenaan.
Para doktor, jururawat dan ramai lagi pegawai perubatan merancang rutin untuk bernyanyi, bercakap dan membelai perut si ibu.
"Kami juga menghiasi kawasan sekitar katil Frankielen. Ianya penuh dengan kasih sayang dan galakan untuk bayi dan keluarga mereka untuk berjaya," katanya.
Doktor juga menghubungi doktor di hospital yang lain di Portugal, yang mempunyai beberapa kes yang sama sebelum ini di mana janin dibesarkan selama 107 sebelum dilahirkan.
"Ada kes lain tetapi kes kami adalah yang paling lama dengan 123 hari, empat bulan dan kami bermula dengan embrio si ibu yang berusia dua bulan. Salah satu kebimbangan utama kami adalah untuk menjaga fungsi organ berterusan dan memastikan bayi dalam kandungannya terus berkembang dan berkembang, sehingga bayi kembar itu selamat dilahirkan," kata Doktor Rivabem.
"Kejayaan kes ini adalah hasil kerjasama dari pasukan yang hebat," katanya lagi.
Muriel dan ibu mertuanya, Silva |
"Frankielen banyak menampakkan dirinya pada saya dalam pelbagai bentuk terutamanya ketika saya berputus asa dan menangis agar Tuhan kembalikan dia kepada saya. Satu malam, dia duduk di atas katil saya dan berkata,
"Frankielen orang yang baik dan penyayang. Saya percaya Tuhan pilih dia untuk ini agar keajaiban dapat berlaku," katanya.