Inilah Punca Utama Dua Lelaki BERANI Lempar Bom Petrol Ke Arah IPD Kedah !!! | SUNGAI PETANI, 22 Julai — Dua ahli kongsi gelap Geng 04 disyaki membaling bom petrol ke arah pagar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda padi tadi.
Tindakan itu dipercayai rasa tidak puas hati ekoran penahanan anggota utama mereka dalam Operasi Cantas Khas, Selasa lalu, lapor Berita Harian.
Jurucakap polis berkata mereka yang bermotosikal dikesan mencurigakan oleh anggota polis sebelum melarikan diri sewaktu dihampiri pada 3.30 pagi.
“Kedua-dua mereka yang menggunakan motosikal SYM Sport Bonus warna kuning terus mencampak satu bom petrol sebagai tanda amaran kepada polis.
“Pemeriksaan juga menemui sekeping kain rentang yang tertulis amaran membabitkan Geng 04 atas tindakan polis menahan beberapa anggota termasuk ketua kumpulan terbabit sekitar daerah ini,” katanya.
Kes itu disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dalam insden itu.
Pada Selasa, Operasi Cantas Khas berjaya menahan 62 orang termasuk beberapa pemimpin kanan Geng 04 di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Semua suspek kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!
The post Inilah Punca Utama Dua Lelaki BERANI Lempar Bom Petrol Ke Arah IPD Kedah !!! appeared first on MALAYSIA KINII.