Dalam video berdurasi 3 minit 30 saat itu, beberapa anggota Polis Banjarmasin Timur yang diketuai oleh Kompol Desa Yulianti, melakukan pemeriksaan pada sebuah bilik yang dihuni dua orang lelaki yang mencurigakan.
Ketika memasuki bilik tersebut, seorang lelaki yang berusia lingkung 40-an tanpa berpakaian baring di atas katil. Pihak berkuasa kemudian mengeledah bilik itu termasuk barang-barang peribadi dua lelaki berkenaan.
Polis kemudian meminta kad pengenalan mereka untuk direkodkan, selain melakukan pemeriksaan ke atas badan salah seorang lelaki terbabit.
Pada awalnya, pihak berkuasa tidak menemui apa-apa. Namun berasa aneh dengan kelakuan dua lelaki itu yang mengaku mereka bekerja di satu pejabat yang sama.
Apabila ditanya, lelaki berbaju kelabu menyatakan gel itu baru dibeli dan belum digunakan lagi. Dia memberikan alasan gel itu digunakannya untuk bersama dengan isteri. Malangnya keadaan botol itu menunjukkan bahawa gel itu telah digunakan.
Selain itu, polis juga turut menemui tisu-tisu yang dipercayai telah digunakan selepas melakukan hubungan seksual, di dalam tong sampah bilik tersebut. Sehelai pakaian wanita yang masih baru ditemui yang mungkin dipakai lelaki terbabit.