Loading...
TR

Cuba langgar wanita berpantang, penganggur mengaku tidak bersalah


AYER KEROH, MELAKA - Lelaki yang dirakam menunjukkan isyarat lucah dan cuba melanggar seorang wanita berpantang sehingga mengakibatkan luka bersalinnya bentan minggu lalu, mengaku tidak bersalah, lapor Berita Harian

Tertuduh, Muhammad Arif Majid, 25, yang menganggur membuat pengakuan tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail. 

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Arif didapati cuba melanggar Nur Fadhilah Mohd Shukri, 21, menggunakan kenderaan Perodua Kancil sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan. 

Tertuduh melakukan perbuatan itu lebih kurang jam 1.15 pagi di tepi Jalan Cenderawasih 1, Taman Cenderawasih, Melaka Tengah, pada 11 Julai lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan boleh dipenajarkan sehingga 20 tahun sekiranya menyebabkan kecederaan terhadap seseorang. 

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban memohon tiada jaminan diberikan ke atas tertuduh. Sebaliknya mencadangkan nilai jaminan tinggi sekiranya ditawarkan ke atas tertuduh. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu bagaimanapun merayu jaminan dibenarkan, selain memohon jumlah jaminan yang minimum dengan alasan tidak bekerja. 

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Berita berkaitan: 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.