Nadyne Shazia Muhammad Syakir, 3, dilaporkan hilang dari rumahnya dipercayai keluar bersama pengasuhnya dari Kondominium Putravilla pada jam 10 pagi tadi, ketia kedua ibu bapanya sedang bekerja.
Bagaimanapun, menurut bapanya, Muhammad Syakir, anak mereka telah ditemui dan dikembalikan ke pangkuan mereka.
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan kepada semua yang membantu saya dan isteri bersama dengan puteri kami semula," tulisnya di Facebook.
Terdahulu, Nadyne dilaporkan hilang dari rumahnya dan perkara itu hanya disedari oleh ibunya, Nadzirah Mohamed apabila dia pulang ke rumah pada jam 7 malam tadi dan mendapati Nadyne dan pengasuhnya tiada di rumah.
"Semasa saya sampai ke rumah, anak saya dan pengasuhnya tiada dalam rumah. Saya kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati pengasuh keluar bersama anak saya pada jam 10 pagi," katanya.