Loading...
sk

“Aku Mula Bencikan Ibu Mertua” Luah Seorang Menantu Wanita Akibat Terlalu Lama Memendam Rasa Sehingga.. !!!

“Aku Mula Bencikan Ibu Mertua” Luah Seorang Menantu Wanita Akibat Terlalu Lama Memendam Rasa Sehingga.. !!!| AKU MENANTU HIPOKRIT. Assalamualaikum semua. Pertama kali nya aku nak share kisah yang lama aku pendam di hati. Nama aku Ira. 28tahun. Degree holder. Baru 1tahun kahwin. Anak seorang. Suami aku 27tahun. SPM sahaja.

Kami bercinta selama 5tahun sebelum bertunang dan berkahwin. Lamakan? Sebenarnya kami memang nak cepatkan majlis. Tapi pihak suami terutama ibu mertua tidak suka aku. Kerana aku tak cantik dan tua dari anaknya. Akhirnya kami pon selamat bertunang juga tanpa kerelaan hati ibu mertua aku. Kerana Ayah mertua aku berkeras hantar rombongan meminang yang telah ditangguh sebanyak 4kali. Ye. Aku sedih. Malu. Kuatkan diri cuba berlakon gembira di hadapan family aku sendiri. Mak dan Ayah aku selalu nasihatkan aku bersabar dan belajar lagi utk ambil hati ibu.

Masih terngiang lagi peristiwa aku di jemput hadir ke rumah terbuka pada hari raya dirumah suami. Aku pon pergi selepas balik dari kerja (aku kerja sebagai manager di pasaraya dgn gaji rm5k sebulan. Suami aku pula staff biasa dgn gaji 1k sebulan) Keadaan diri aku memang selekeh dan comot. Sebab kerja berat. Nama sahaja manager. Tapi aku tetap sama macam staff2 yang lain. Sewaktu sedang makan, suami aku menegur mak sedaranya “wahh cantik2 nya anak makngah” Makngah pon membalas “keturunan kita memang semua cantik2, kau tu je tak pandai pilih. Pilih orang tua.” Maka bergelak sakan lah yang mendengarnya. Aku? Hanya mampu tahan sebak di hati.

Dalam tempoh bertunang, banyak kali aku makan hati dgn keluarga suami aku. Mereka hina kerja aku (kerana mereka semua kerja kerajaan) Mak Mertua sampai cakap aku lah punca anak dia tak nak kerja tempat lain. Selagi aku tak berhenti. Selagi itulah anak dia tak kan berhenti. Jadi, aku pon berhenti kerja. Maka hilanglah pendapatan bulanan 5k. Itu semua adalah untuk ambil hati mertua aku. Aku ikotkan saja kemahuan dia. Ibu dapatkan aku kerja kerajaan dgn gaji hanya 1500sebulan. Aku sedih sebab aku takkan dapat bagi mak ayah aku duit banyak seperti sebelum2 ini. Tapi mak aku kata “tak apa. Mungkin ini cara ibu akan berbaik dgn kamu” sedangkan aku tahu mak susah hati kerana siapa yang akan tanggung segala perbelanjaan rumah sebab mereka uzur tidak boleh bekerja dan masih ada adik2 yg bersekolah. (Aku sulung)

Pernah juga aku dan suami bergaduh besar kerana ibu mertua aku sering cakap aku bukan menantu pilihan dia. Hingga aku buat keputusan untuk putuskan pertunangan. Aku tak sanggup teruskan. Aku penat untuk jaga hati mereka sehingga hati aku terabai. Aku berhenti kerja kerajaan dan bekerja semula di sektor swasta dgn gaji rm3k sebulan. Tapi suami aku cari aku. melutut merayu jumpa keluarga aku. Aku sedih pula tengok keadaan suami waktu tu. Lagi bertambah sebak bila ayah aku cakap “Man, ayah serahkan anak perempuan ayah pada man untuk man bimbing dia 1 hari nanti. Ayah tak pernah tanya tentang gaji man. Tak pernah persoalkan kerja man. Ayah terima kekurangan dan kelebihan man. Tapi kenapa buat anak ayah mcm ni” aku menangis. Suami pon menangis kerana sesal dgn perbuatan ibu.

Dan akhirnya kami berkahwin pada tahun 2016 dgn hantaran sebanyak 15k. Tiada siapa pon yang tahu segala perbelanjaan perkahwinan adalah duit aku sendiri. Termasuklah membeli barang hantaran. Ye. 15k itu pon duit aku sendiri. Suami hanya mampu bagi mas kahwin saja. Itu pon dah memadai bagi aku. Sebab aku tahu suami aku memang tak mampu. Aku tak kisah semua tu sebab aku sayangkan suami aku. Susah aku nak jumpa lelaki yang jatuh dan bangun bersama, sangat penyayang dan baik, rajin buat kerja rumah, rajin bekerja, hormat family. Susah nak jumpa zaman sekarang ni. Sebab itulah aku sanggup. Asalkan dia sayang aku sepenuh hati dia.

Pada awal perkahwinan, mertua paksa kami tinggal dengan mereka. Aku berkeras tak mahu tinggal bersama. Dengan alasan aku dah beli rumah sebelum kahwin. Ye. Memang aku dah ada rumah dan kereta sendiri sebelum kahwin. Mertua Bermasam muka juga lah sebab aku tetap dgn keputusan aku. Suami serba salah kerana di tuduh derhaka. Aku pujuk suami jangan sedih.

Lepas dah duduk sendiri berdikari, Ibu Mertua aku ada saja yang tak kena di matanya. Perabot tak lengkap pon di marahnya. Dia cakap “duit hantaran 15k tu mana? Beli lah apa yang patot. Tak kan nak suruh anak aku je yang keluar duit. Kau punya gaji buat apa? Fikir tekak sendiri je” aku sedih sangat. Berhari2 aku menangis dengan sikap mertua. Aku keluarkan duit simpanan aku, aku beli segala perabot untuk dalam rumah. Mungkin suami aku dah tak tahan dengan layanan yang aku terima, suami berterus terang cerita yang sebenarnya pada ibu dia. Terus terdiam ibu mertua aku.

Setelah 3bulan berkahwin, akhirnya aku mengandung! Aku dan suami gembira tak terkata. Berbahagialah kami melayari perkahwinan ni. Rezeki awal. Dalam tempoh mengandung dan semakin sarat memang banyak kali ibu mertua sakitkan hati aku. Aku dah kuat sikit. Hehe. Aku hanya membalas dengan senyuman dan iya kan sahaja kata2 nya. Aku malas nak bermasam muka. Ibu mertua aku ni baik sebenarnya, cuma jenis dia ni, keputusan dia je betul. Wajib dengar. Kalau tak dengar, anak derhaka. Kalau dengar dan patuh, akan disayang dan dimanja. Akhirnya tanpa aku sedar, aku selalu ketepikan family aku hanya kerana niat nak mengambil hati mertua.

Allah buka mata dan hati aku semula, saat aku berperang dengan kesakitan nak bersalin, 3hari di tahan di wad hanya Keluarga aku yang teman aku. Suami aku? Dia kan anak yg baik. Mestilah dengan ibu dia. Suami aku teman juga, tapi hanya di saat2 waktu melawat nak habis. Ya. Aku sedih. Tapi aku tak terdaya nak meluahkan. Biarlah suami aku jadi anak yang soleh dan taat kepada ibunya. Aku kan masih ada Mak dan Ayah. Ayah lah orang yang paling risau dan pertama yang sampai hospital walaupun dalam keadaan sakit gout(tak boleh jalan)

Akhirnya, aku bersalin ceaser. Setelah masuk wad semula, waktu melawat pon bermula. Ayah dan Mak aku lah yang pertama sampai. Paling aku terkilan hingga kini. Saat aku perlukan suami aku, dia tiada di sisi aku. Aku longlai. Lemah. Tiada daya untuk uruskan baby tanpa bantuan, kerana pembedahan baru saja selesai. Segala keperluan baby ada di dalam kereta. Aku call dan mesej tanya suami di mana. Tapi tak berjawab. Dah habis waktu melawat barulah suami aku sampai. Aku tenung dia. Aku pelik kenapa keadaan dirinya tidak terurus. Niat di hati nak tanya kenapa lambat, terus tak jadi bila dia minta maaf. Jadi, aku diamkan saja.

Waktu melawat petang pon sama. Suami aku lah yang paling lambat tiba bersama keluarganya. Lagi 5minit nak habis baru sampai. Aku tak mampu nak senyum. Aku sakit hati. Sampaikan ayah aku slowtalk baik2 dengan suami aku “Man, kelima2 anak ayah waktu di lahirkan, ayah orang pertama ada di sisi mak. Nasib baik ayah sihat sikit. Boleh lah dtg. Bayangkan kalau ayah tiada. Man juga tiada. Fikirlah baik2 man.” Suami hanya mengangguk lesu. Aku hanya diam. Sejujurnya aku tak tahu apa yg berlaku di sebelah pihak suami aku.

Hari kedua di wad. Suami aku datang lambat jugak. Nurse tanya di mana keperluan baby, aku tak mampu nak ambil beg baby serahkan pada nurse. Nurse pula tidak mahu menyelongkar beg pesakit. Jadi, dia hanya bedung baby pakai “kain pink” kat wad bersalin tu. Sebak hati aku tengok baby. Apalah gunanya berhelai2 bedung aku beli tapi tidak dipakaikan pada si anak. Aku hanya mampu menangis pada Mak dan Ayah aku bila mereka tiba. Lagi 10minit nak habis waktu melawat Suami pon tiba dengan ibu mertua. Ibu siap bawakkan bubur.

Sewaktu berdua dengan suami, aku tanyakan hal yang sebenar. Suami hanya tunduk, peluk dan minta maaf. Aku maafkan. Aku pujuk suami untuk bercerita. Akhirnya suami bercerita “ibu minta teman pergi beli ikan2 dan aquarium dekat KL dan pergi ambil adik dekat stesen keretapi” Aku terpana dengar jawapan suami aku. Sampai hati ibu, lebih utamakan ikan2 peliharaan dia daripada perasaan anak menantu dia. Bukan kah hari lain boleh pergi? Kenapa di saat aku lebih memerlukan suami aku? Aku menangis tak dapat menahan rasa hati. Pilu rasanya bila ibu mertua cakap “alah tak apa. Mak Ayah dia ada. Biarlah dorang jaga” Tentang adik dia pula, kenapa paksa abang kau yg bininya di hospital sedangkan kau ada seorang lagi abang. Sedih sangat rasa hati ni.

Waktu dalam pantang. Hari2 aku menangis. Bermasam muka dengan suami hanya kerana ibu mertua. Ibu mertua paksa aku yang masih 11 hari dalam pantang untuk balik kampung raikan perkahwinan sepupu suami aku. Nasib baiklah ada Ayah aku yang bertegas bahawa aku dalam pantang. Suami aku tak mampu membalas kata2 ibunya kerana akan digelar anak derhaka. Jadi, begini lah keadaan suami aku. Serba salah dibuatnya. Alhamdulillah aku tak meroyan. Setiap kali aku menangis, suami peluk. Zikir di telinga aku. Ayah dan Mak tenangkan aku. Baby aku dijaga sepenuhnya oleh Mak aku.

2kali beraya sebagai suami isteri. Kami mesti dipaksa beraya di kampung suami. Tahun ni sepatutnya giliran kampung aku. Tapi ibu mertua melenting kata suami aku derhaka dan tunduk kata bini. Aku malas nak bergaduh. Di pagi raya Aku turutkan saja beraya di sebelah suami dulu. Tak apalah. Mak dan Ayah aku faham. Tapi sampai bila?

Setiap malam Ibu mertua akan call mengganggu kami. Hinggalah ke hari ini. Semuanya salah. Semuanya tak kena. Dia saja yang betul. Setiap kali dia call, setiap kali itulah kami suami isteri akan bertengkar sikit. Dihujungnya kami sama2 minta maaf antara satu sama lain. Tapi sampai bila kami akan bertahan?

Bermula di saat itulah, aku mula membenci ibu mertua aku. Tapi aku masih melayan dia dengan baik di depan. Aku masih hormat dia. Tapi sebenarnya aku hipokrit. Aku tetap mencarut dan maki di dalam hati. Bila dia ada masalah. Aku menunjukkan simpati tapi di dalam hati, aku ketawakan dia. Hati aku dah terlalu lama sakit. Aku bukan malaikat untuk sentiasa baik. Maafkan aku ibu.

Aku cemburu tengok ibu mertua orang lain yang melayan menantu dengan baik. Sampaikan aku bersumpah satu hari nanti, jika panjang umur, aku nak jadi Ibu mertua yang baik pada menantu aku. Macam Mak aku. Aku taknak menantu aku rasa apa yang telah aku lalui.

Berkenaan ibu mertua aku. Hingga kini sikapnya begitu. Sentiasa memaksa dan mengugut kami derhaka jika tidak dengar. Semoga Allah beri hidayah pada aku. Bukakan pintu hati aku semula untuk maafkan perbuatan ibu mertua. Doakan aku ye semua.

-Menantu hipokrit-

Sumber: KRT

The post “Aku Mula Bencikan Ibu Mertua” Luah Seorang Menantu Wanita Akibat Terlalu Lama Memendam Rasa Sehingga.. !!! appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.