Loading...
sk

Akhirnya Saksi Kejadian Hon Semasa Solat Jumaat Di Johor Bahru Tampil Memberi Kenyataan Sebab Sebenar Muslimin Berang & Bertindak GANAS !!!

Akhirnya Saksi Kejadian Hon Semasa Solat Jumaat Di Johor Bahru Tampil Memberi Kenyataan Sebab Sebenar Muslimin Berang & Bertindak GANAS !!! | Memetik dari sumber FB NR Huda Othman, membuat kenyataan bahawa tahap kesabaran orang melayu Islam di Johor Bahru ini sudah sampai kemuncaknya. Mereka sudah lama bersabar dengan kerenah-kerenah yang pernah dilakukan sebelum ini.

Saksi yang berada di tempat kejadian juga telah membuat kenyataannya yang mana mereka (Muslimin) bertindak ganas bukan kerana sebab membuat bising, hon & tidak hormat sembahyang jumaat semata-mata. Mereka hilang sabar apabila kereta camry itu dipandu melulu & telah melanggar lari seorang warga emas yang berusia 50-an yang sedang melintas jalan & beberapa orang lagi juga ada terlibat dengan pelanggaran kecil oleh kereta camry itu. Benda ini sudah melibatkan nyawa, oleh sebab itulah mereka yang berada ditempat kejadian sudah hilang sabar & bertidak “mengajar” pemandu terbabit. Report polis juga telah dibuat bagi menyatakan pendiriannya terhadap kes ini.

Tiada masalah rasis disini, cuma masalah peribadi pemandu yang tidak tahu menghormati agama lain, bertindak memandu melulu sehingga melanggar orang lain & juga tidak patuh kepada papan tanda jalan ditutup semasa solat jumaat yang telah dikeluarkan oleh Datuk Bandar Johor Bharu. Sebagai Rakyat Malaysia, janganlah kita melontarkan kata-kata berbaur rasis, cukuplah pihak berkuasa menyiasat & memberi hukuman setimpal kepada yang bersalah agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi seperti ini.

The post Akhirnya Saksi Kejadian Hon Semasa Solat Jumaat Di Johor Bahru Tampil Memberi Kenyataan Sebab Sebenar Muslimin Berang & Bertindak GANAS !!! appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.