Loading...
TC

Video Pintu Balai Terbuka Sendiri Tular

MELAKA: Polis masih belum mendapat laporan berhubung kejadian pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir yang terbuka sendiri sebagaimana dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman berdurasi selama 73 saat itu, dua bahagian pintu kaca di balai polis berkenaan dilaporkan terbuka sendiri, sebelum satu daripadanya pecah.

Berdasarkan rakaman CCTV menunjukkan insiden jam 4.21 pagi, Khamis lalu, dengan tiga anggota polis sedang berada di meja aduan awam.

Memetik Berita Harian, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata pihaknya belum menerima laporan kejadian tetapi terkejut bagaimana rakaman CCTV berkenaan boleh menjadi tular di media sosial.

“Saya sahkan yang pintu Balai Polis Banda Hilir pecah namun saya belum menerima laporan mengenainya. Kejadian mungkin disebabkan tekanan angin, namun saya masih menanti laporan daripada balai terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Siasatan lanjut dijalankan bagaimana rakaman CCTV di balai polis berkenaan boleh menjadi tular.

The post Video Pintu Balai Terbuka Sendiri Tular appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.