Tindakan Ibu Sanggup Derma Buah Pinggang Untuk Anaknya Buat Ramai TERHARU !!! | KUALA LUMPUR: “Apa yang diharapkan ialah buah pinggang saya sesuai didermakan kepada anak saya.” Demikian doa seorang ibu, Fazilah Ahmad, 56, yang anak tunggalnya, Muhammad Nurfaris Norizizan, 17, menghidap masalah buah pinggang tahap lima yang disahkan pada hujung Januari lalu.
Akibat penyakit itu, Nurfaris yang sebelum ini belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, Negeri Sembilan, dipindahkan ke MRSM Kuala Kubu Baru Februari lalu kerana dekat rumahnya bagi memudahkan pemantauan keluarga dan rawatan dialisis tiga kali seminggu.
Fazilah berkata, setakat ini beliau masih menunggu keputusan ujian darah yang dijalankan pihak Hospital Selayang, bagi menentukan sama ada buah pinggangnya sesuai dipindahkan kepada anaknya itu. “Saya akur ajal dan maut itu di tangan Allah, namun sebagai ibu sudah pasti saya mahu melihat dia (Muhammad Nurfaris) cepat sembuh, jadi saya sangat berharap pemindahan organ ini dapat dilakukan segera bagi menyembuhkannya. “Saya mahu dia segera sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Kalau dia berpelajaran sekali pun, jika menanggung derita penyakit ini, saya bimbang dia sukar untuk mendapat pekerjaan yang baik pada masa depan,” katanya. Suami Fazilah, Norizizan Kassim, 60, adalah bekas anggota tentera yang tidak berpencen dan pasangan itu kini mengusahakan warung makanan dekat kediaman mereka di Taman Desa Kundang, Rawang.
Fazilah berkata beliau amat berharap supaya dapat berkongsi buah pinggang dengan anaknya itu supaya Muhammad Nurfaris boleh meneruskan pelajaran dan mengejar cita-citanya. “Saya dan suami sudah berusia, jika kesihatan Muhammad Nurfaris tidak pulih, siapa yang akan menjaganya jika kami tiada,” katanya. Beliau juga berkata walaupun gambar anaknya itu viral baru-baru, ia bukan bermaksud untuk keluarganya mengharapkan bantuan kewangan sebaliknya memohon supaya orang ramai berdoa pemindahan buah pinggang itu berjaya. Katanya, beliau ada menyebarkan mesej kepada jiran dan saudara-mara supaya mendoakan kesihatan Muhammad Nurfaris namun bukan berniat untuk mendapatkan bantuan.
Muhammad Nurfaris pula berkata beliau juga meminta orang ramai doakan supaya pemindahan buah pinggang itu berjaya. “Saya mahu kembali kepada kehidupan seperti sebelum ini, saya aktif dalam debat bahasa Inggeris dan Pengucapan Awam di sekolah. “Terima kasih kepada pihak MRSM kerana memberi banyak kelonggaran termasuk sediakan makanan yang sesuai untuk saya di asrama,” katanya. Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Abd Hamid Ahmad, berkata pihaknya menyediakan segala bentuk bantuan kewangan kepada keluarga itu.
Katanya, antara bantuan itu adalah Bantuan Pengecualian Bayaran Wang Caruman, Bantuan Wang Saku, Program Bantuan untuk Pendidikan BUDI-MARA serta bantuan kewangan daripada Badan MUAFAKAT MRSM Kuala Kubu Bharu bagi meringankan beban keluarganya,” katanya.
Sumber:- Berita Harian
P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…
The post Tindakan Ibu Sanggup Derma Buah Pinggang Untuk Anaknya Buat Ramai TERHARU !!! appeared first on EKSIDENZ.