Loading...
KV

Si Adik Merengek Mahukan Patung Mahal Didalam Kedai Mainan, Tindakan Abangnya Pada Pemilik Kedai Buat Ramai SAYU !!!

Si Adik Merengek Mahukan Patung Mahal Didalam Kedai Mainan, Tindakan Abangnya Pada Pemilik Kedai Buat Ramai SAYU !!! | Seorang budak lelaki dan adik perempuannya sedang berjalan-jalan di sebuah pasaraya apabila tiba-tiba adiknya berhenti.

Gambar Hiasan

Si abang yang sedar adiknya tidak berjalan di belakangnya menoleh dan melihat adiknya itu berdiri di hadapan kedai permainan. Adiknya itu kaku melihat sesuatu di dalam kedai dengan penuh minat.

Si abang berjalan menuju ke arah si adik dan bertanya, “Adik nak sesuatu?”

Adik perempuannya menunjukkan abangnya anak patung yang cantik. Si abang tadi tersenyum dan mengangkat anak patung itu sebelum menghulurkan kepada adiknya.

Dalam tidak mereka sedari, jurujual kedai sedang menyaksikan adik beradik itu. Dia sangat tertarik melihat perwatakan matang budak lelaki itu.

Si abang dan si adik membawa anak patung itu ke kaunter bayaran, lantas bertanya, “Berapakah harga anak patung ini?”

Jurujual kedai itu tersenyum. Dia merupakan seorang yang penyayang dan sangat pemurah. “Boleh anda membayar harganya?”

Si abang yang cilik itu tadi mengambil beberapa cangkerang yang dia kutip tempoh hari di tepi pantai dari kocek seluarnya. Dia memberikan kepada jurujual itu kesemua cangkerangnya.

Gambar Hiasan

Jurujual itu tidak berkata apa dan mengambil apa yang dihulurkan. Dia mula mengira jumlah cangkerang seolah-olah ianya wang.

“Cukup tak?” si abang bertanya, sedikit bimbang.

Jurujual itu tersenyum dan berkata, “Oh tidak. Apa yang kamu berikan ini lebih daripada harga anak patung itu. Jadi saya pulangkan bakinya.” Jurujual itu hanya mengambil 4 cangkerang sahaja.

Si abang mengambil baki cangkerang dan meletakkan ia semua ke dalam poketnya. Kini mereka sudah membayar untuk anak patung itu, mereka pun beredar keluar daripada kedai.

Seorang pelanggan di dalam kedai itu yang turut menyaksikan kejadian itu tadi sangat terkejut dengan apa yang berlaku.

Dia tidak menyangka jurujual itu akan membenarkan kanak-kanak itu membeli anak patung dengan menggunakan cangkerang sebagai mata wang.

Jurujual itu, dengan tenang menjelaskan kepada pelanggan yang bertanya itu.

“Mungkin apa yang kita lihat hanya cangkerang. Tapi bagi budak itu tadi, cangkerang ini sangat berharga. Pada usia ini, dia tidak faham nilai wang tetapi apabila dia sudah dewasa, pasti dia akan faham.

Apabila dia teringat dia pernah membeli anak patung dengan cangkerang suatu hari nanti, pasti dia akan teringatkan saya dan sedar bahawa dunia ini ramai orang yang baik hati. Mungkin dengan ini, dia akan termotivasi untuk berbuat baik juga kepada semua orang.”

Beginilah kisah si abang dan si adik yang berjaya membeli anak patung dengan cangkerang. Ianya tidak akan terjadi sekiranya tiada seorang jurujual yang baik hati.

Apa yang boleh kita ambil dari kisah ini ialah, apa yang kita lakukan akan sentiasa ada balasannya. Budi baik akan dibalas dengan baik.

Mungkin bukan sekarang, namun lambat-laun, kita pasti menerimanya semula.

sumber: elitereaders

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post Si Adik Merengek Mahukan Patung Mahal Didalam Kedai Mainan, Tindakan Abangnya Pada Pemilik Kedai Buat Ramai SAYU !!! appeared first on KITA VIRAL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.