Loading...
TC

Ramsay Enggan Warisi RM623J Pada Anak

Gordon Ramsay adalah chef selebriti antarabangsa yang kaya-raya namun tidak memanjakan anak-anaknya dengan kemewahan.

Walaupun mempunyai harta kekayaan bernilai kira-kira £113 juta (RM 623 juta), Ramsay, 50, memberitahu The Telegraph bahawa dia tidak akan membahagikan jumlah itu sama rata di antara anak-anaknya.

Sebaliknya, dia dan isteri, Tana Ramsay, bersetuju untuk menanggung cuma 25 peratus daripada kos bayaran pendahuluan apartmen anak-anak mereka. Itu sahaja!

“Harta saya sudah tentu tidak akan diwarisi kepada mereka, dan saya bukan mahu menjadi kejam: saya cuma tidak mahu mereka terlalu dimanjakan,” kata Ramsay.

Malah Ramsay juga meletakkan anak-anaknya – Matilda, 15, kembar Jack dan Holly, 17, dan Megan, 18, – di dalam penerbangan kelas ekonomi manakala dia dan isterinya duduk selesa di kelas pertama.

Berpendapat anak-anaknya “tidak pernah bekerja keras langsung untuk melayakkan mereka dimanjakan dengan kemewahan”,

Personaliti televisyen itu turut menambah:

“Saya dan isteri masuk ke bahagian kelas pertama manakala anak-anak kami masuk ke pintu lain, dan setiap kali saya akan pesan kepada ketua pramugari yang bertugas, pastikan budak-budak tu tak cari kami langsung, saya mahu berehat dalam kapal terbang ni.”

“Anda akan lebih menghargai sesuatu jika anda bekerja keras untuk mendapatkannya,” jelas Ramsay lagi.

Mahu mengajar anak-anaknya berjimat-cermat, Ramsay beri tiga anak-anaknya yang masih bersekolah duit poket £50 (RM275.66) sahaja seminggu, termasuk tambang bas dan belanja telefon bimbit mereka.

Anak sulungnya, Megan, yang kini belajar di universiti pula hanya diberikan belanja mingguan £100 (RM 551.32).

The post Ramsay Enggan Warisi RM623J Pada Anak appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.