Seorang lelaki berusia 24 tahun telah melepaskan nafsu dengan melakukan hubungan seks dengan maknyah akhirnya membawa padah, apabila diugut pondan tersebut dengan penyebaran video asmara mereka.
Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa yang bekerja sebagai pemandu GrabCar dilaporkan berjumpa maknyah itu sebelum melakukan hubungan seks di sebuah rumah sewa di Jalan Bukit Permai, Cheras, kira-kira jam 4 pagi.
Menurut sumber, bagaimanapun tanda disedari mangsa, maknyah tersebut dikatakan telah berjaya merakamkan aksi seks mereka berdua secara sembunyi.
Selepas sejam selesai, mangsa kemudian mendakwa menerima panggilan maknyah tersebut yang mengugutnya menyerahkan RM1,000, sekiranya tidak mahu video itu tersebar.
“Mangsa bagaimanapun enggan menurut arahan suspek.
“Suspek yang berang itu kemudian menghubungi ayah mangsa dan mengugut supaya membuat bayaran jika tidak mahu video tersebut tersebar.
“Malah, suspek mengugut akan membuat kecoh di tempat ayah mangsa bekerja pula sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi,” kata sumber tersebut.
Susulan ancaman pondan itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.
Suspek yang berusia 28 tahun itu kini ditahan reman untuk membantu siasatan.
The post Pondan Ugut Pemandu Grab Serah RM1,000 Atau Sebar Video Asmara appeared first on The Coverage Edisi BM.