MELAKA: Seorang lelaki berusia 24 tahun mendakwa seorang doktor memintanya melakukan seks oral ketika dia menerima rawatan akibat cirit-birit di sebuah hospital swasta di sini Isnin.
Lelaki itu yang membuat laporan polis di balai polis Merlimau di Jasin dekat sini mendakwa doktor tersebut meminta dia menanggalkan pakaian dari pinggang ke bawah.
Doktor itu kemudiannya mengeluarkan perkataan tidak senonoh kepada dirinya.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Anti Dadah negeri, Datuk Ng Choon Koon berkata pesakit turut mendakwa doktor tersebut memegang alat kemaluannya ketika bertanya sama ada dia mempunyai sebarang masalah semasa membuat air kencing.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, doktor itu turut mencium pesakit di pipi kiri sebelum memintanya melakukan seks oral.
“Insiden itu didakwa berlaku di sebuah hospital swasta dan saya meminta Jabatan Kesihatan negeri untuk mendapatkan laporan daripada hospital terbabit.
“Kita perlu berlaku adil kepada doktor itu dan mendapatkan versi penuh mengenai apa yang sebenarnya berlaku semasa sesi rawatan itu,” katanya.
The post Pesakit Buat Laporan Polis Selepas Doktor Minta Lakukan Oral Seks appeared first on The Coverage Edisi BM.