Hong Kong: Seorang lelaki berumur 53 tahun yang juga merupakan penghidap kanser ditemui mati di dalam lori kontena yang dibawanya.
Menurut laporan On.cc, dipercayai, punca kematian mangsa berkemungkinan besar disebabkan terlampau penat bekerja.
Dilaporkan juga, setelah mengetahui berita kematian lelaki itu, saudara-mara yang masih bersedih turut menyuarakan kemarahan kerana lelaki itu berdegil ingin bekerja keras walaupun mengetahui dirinya tidak sihat.
Namun demikian, lelaki itu terpaksa bekerja keras untuk menjalani rawatan penyakit kansernya sebelum ini ditambah pula desakan hidup yang semakin mencabar.
The post Lelaki Penat Bekerja Ditemui Maut Dalam Lori appeared first on The Coverage Edisi BM.