ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 63 tahun mendakwa dia telah dipaksa oleh suaminya yang berusia 69 tahun melacurkan diri dua kali dengan bayaran RM20.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, wanita itu dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan rakan suami, berumur 61, pada 21 Mac dan 2 April di Padang Sanai.
“Wanita itu berkata suaminya menerima RM20 daripada lelaki itu.
“Suaminya dan rakannya telah ditangkap dan ditahan reman selama seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya sambil menambah bahawa wanita itu melaporkan perkara itu kepada polis pada hari Khamis.
Kes itu disiasat sebagai kes rogol dan eksploitasi terhadap seseorang untuk pelacuran.
The post Lelaki Paksa Isteri Untuk Berhubungan Intim Dengan Kawan Dengan Bayaran RM20 appeared first on The Coverage Edisi BM.