Loading...
TC

iPhone 8 Dilancar Antara September Dan November

Apple dikatakan bakal melancarkan model peranti iPhone 8 di antara September hingga November depan.

Sempena menyambut ulang tahun iPhone ke-10, Apple dijangka menampilkan peranti pintar paling radikal dengan gabungan reka bentuk dan perkakasan terkini.

Mengikut khabar angin, iPhone 8 bakal hadir dengan pelbagai ciri terbaru termasuk skrin berteknologi OLED, resolusi lebih tinggi daripada model sebelumnya dengan 2800×1242 piksel selain skrin berukuran 5.8 inci.

iPhone 8 juga turut dikhabarkan tampil dengan kamera depan tiga dimensi (3D).

Selain, akan menggunakan bingkai berasaskan keluli, badan berasaskan kaca, seperti pernah hadir pada iPhone sebelum ini.

Dikatakan lagi, Iphone 8 kelak turut dijangka tidak menyertakan butang ‘Home’ fizikal pada telefon pintar.

Dari segi harga, jika iPhone 7 Plus versi 256GB sendiri sedia dijual pada harga RM4799, maka tidak mustahil untuk kita melihat edisi khusus ditawarkan pada harga melangkaui harga tersebut.

The post iPhone 8 Dilancar Antara September Dan November appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.