Loading...
TC

Ibu Kecewa Campak Mayat Anak Dalam Laut

Akibat terlalu marah dan kecewa anaknya menghidap anorexia, seorang ibu bertindak memasukkan mayat anaknya itu ke dalam beg lalu dicampakkannya ke dalam laut di Itali.

Anaknya, Katerina Laktionova, 27, adalah bekas model dan dia meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan.

Beratnya ketika meninggal dunia hanya 35 kilogram dan kurus kering.

Ibunya pula bekerja sebagai jururawat di Itali dan kedua-dua beranak itu berasal dari Rusia.

Anorexia merupakan kecelaruan pemakanan di mana pengidapnya enggan makan hingga menyebabkan berat badan menurun dengan drastik dan boleh membawa maut.

Selepas mencampakkan mayat anaknya dalam laut, wanita itu yang berusia 48 tahun dan tidak didedahkan nama, telah kembali ke Rusia.

The post Ibu Kecewa Campak Mayat Anak Dalam Laut appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.