Loading...
E

Dulu Aku Tolak² Kalau Kucing Datang Dekat, Suatu Hari Terjadi SESUATU Yang Buat Aku BERUBAH !!!

Dulu Aku Tolak² Kalau Kucing Datang Dekat, Suatu Hari Terjadi SESUATU Yang Buat Aku BERUBAH !!! | Hopefully confession ini akan di-approved. Terima Kasih Admin. Dulu aku penggeli kucing. Pernah jugak aku tolak kucing dengan kaki sebab geli nak pegang. Bukan benci, tapi geli. Tak mampu nak describe reason kenapa perasaan geli tu wujud. Maafkan aku wahai pencinta kucing sekalian.

Bagaimana kucing membawa aku untuk berubah? Kisah satu, time ni aku masih penggeli kucing. Aku selalu marah housemate rumah sewa sebab selalu bagi kucing makan. Yelah, menggalakkan kucing datang, kemudian kucing tu akan merayap-rayap ke bilik aku.

Sampai lah satu ketika, time tu aku tengah mandi, tiba-tiba terdengar kucing yang selalu housemate bagi makan tu, mengiyau banyak kali. Aku abaikan dan terus mandi. Lepas tu, aku dah tak dengar kucing tu mengiyau dah. Aku pun kuak pintu sikit, dan tengok. MasyaAllah, kucing tu tengah gigit ular. Mati ular tu kena gigit. Tak lama lepas tu, kucing tu pun mati. Tak pasti la kena patuk dengan ular ke ape. Kami kebumi kan kucing tu. Selepas tu, aku sendiri kongsi duit beli makanan kucing. Insaf.

Kisah kedua, ada satu hari tu, datang seekor kucing cedera, mungkin bergaduh. Sebenarnya aku agak geli la dengan keadaan kucing tu. Tapi akhlak housemate aku buat aku insaf dan menitiskan air mata. Housemate aku bersih luka kucing tu dan siap suapkan makanan. Menangis aku tengok sebab rasa diri ni zalim sangat pada makhluk Allah yang dikasihi Nabi ni.

Sekarang, Alhamdulillah. Aku bukan penggeli kucing tapi pengasih kucing. Aku dah tak tolak-tolak kucing. Walaupun aku masih lagi ada takut-takut pada kucing, tapi aku cuba juga untuk memdekati makhluk comel ni kerana Allah cinta kan manusia yang penyayang. Sejak aku dah tak jadi anti kucing ni, aku perasaan, hati aku dah tak sekeras dulu. Aku jadi mudah kasihan dan rasa ringan nak memberi.

Indahnya bagaimana Allah menghubungkan manusia dengan kucing melalui kasih. Dan bagaimana kucing tu sendiri menjadi ingatan kepada aku tentang indahnya ciptaan Allah yang comel ni. Subhanallah”

Kredit:-IIUMC

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

The post Dulu Aku Tolak² Kalau Kucing Datang Dekat, Suatu Hari Terjadi SESUATU Yang Buat Aku BERUBAH !!! appeared first on EKSIDENZ.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.