Penceraian jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) dan suaminya Fairuz Ahmad mengejutkan masyarakat dan menjadi topik perbualan hangat di media sosial.
Mana tidaknya, pasangan ini dilihat ‘cocok’ dan sangat menyokong antara satu sama lain.
Setelah khabar angin itu diakui kesahihannya oleh DSV sendiri semalam, timbul pula beberapa spekulasi kurang enak didengar tentang punca keruntuhan rumahtangga mereka itu.
Antaranya adalah ada suara-suara sumbang yang menudingkan jari ke arah sikap Fairuz sendiri yang dikatakan menjadi punca perpisahan itu berlaku.
Bagaimanapun, meskipun berita perceraian mereka sudah tular, Fairuz enggan memberikan sebarang komen mengenainya.
Sementara itu, dalam satu temubual, DSV mengakui beliau amat hancur hati dan turut menyatakan bahawa perpisahan ini memberikan impak yang besar terhadap dirinya.
Namun, DSV juga turut menyatakan bahawa beliau tidak akan sekali-kali cuba menyelamatkan perkahwinannya dan menerima dengan redha ketentuan Ilahi.
Pasangan ini bernikah pada Oktober 2014 dan ini merupakan perkahwinan ketiga usahawan berjaya itu.
The post Bekas Suami Datuk Vida Enggan Ulas Sebab Cerai appeared first on The Coverage Edisi BM.