Selebriti antarabangsa, Angelina Jolie dikatakan bakal membeli sebuah rumah untuk didiami bersama-sama dengan anak-anaknya setelah bercerai dengan Brad Pitt.
Angelina dikhabarkan akan membeli sebuah kediaman mewah yang terletak di Loz Felis, California, Amerika Syarikat dan dilaporkan berharga lebih daripada RM100 juta.
Rumah tersebut dikatakan pernah dimiliki oleh pengarah filem terkemuka, Cecil B DeMille.
Kediaman tersebut mempunyai enam bilik tidur dan dilengkapi dengan kolam renang, laman untuk beriadah ruangan lain yang sangat luas dan selesa.
Rumah tersebut dibina pada tahun 1913 dan ia merupakan bangunan ikonik dengan nama The Beaux Arts Style Mansion. Ia terkenal dengan hasil binaan yang sangat cantik dan berseni.
The post Angelina Jolie Beli Rumah Mewah RM100 Juta appeared first on The Coverage Edisi BM.