Adi Putra tidak hadir buat kali kedua semasa sebutan kes perceraiannya dengan isteri pertama, Zuhaidah Yusof di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, awal pagi Jumaat.
Zuhaidah atau lebih mesra disapa Aida pula hadir dan berada di dalam mahkamah seorang diri pada sekitar pukul 8.30 pagi sebelum meninggalkan kompleks itu pada pukul 9.15 pagi.
Menurut beberapa laporan, apabila ditanya tentang keberadaan Adi, Aida hanya menjawab ringkas bahawa pelakon itu tidak hadir.
Aida kemudiannya meminta diri dengan alasan perlu ke kaunter mahkamah untuk membuat pembayaran namun tidak menjelaskan apakah bayaran yang hendak dilakukan itu.
Bagaimanapun wanita berusia 42 tahun itu enggan menjawab pertanyaan lain dan memberitahu dia perlu ke kaunter mahkamah untuk membuat bayaran.
Namun, Aida sebenarnya turut meninggalkan mahkamah.
Pada 31 Mac lalu di mahkamah yang sama, kes berkenaan sepatutnya didengar di hadapan Hakim Syarie, Izzat Syazli Mushid namun Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 36, turut tidak muncul.
Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Aida pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.
Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016. Aida pula sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul Handy Black.
The post Adi Putra Tak Hadir Sebutan Kes Cerai Di Mahkamah appeared first on The Coverage Edisi BM.