Loading...
Esensasi

Teruk Di Troll Di Twitter Kerana Giginya. Wanita Ini Nekad Melakukan Perubahan Yang Buat Ramai TERKESIMA !!!

Teruk Di Troll Di Twitter Kerana Giginya. Wanita Ini Nekad Melakukan Perubahan Yang Buat Ramai TERKESIMA !!! | Definisi cantik semamangnya begitu subjektif jika dibahaskan. Setiap orang memiliki pandangan dan pendapat sendiri mengenai kecantikan. Semestinya setiap orang juga memiliki kecantikan yang tersendiri.

Penampilan fizikal Gemma Swift, wanita asal Britain ini kelihatan begitu unik. Dengan memiliki dua batang gigi kacip yang terkeluar telah menimbulkan pelbagai reaksi dan pendapat mereka yang melihat.

Selama bertahun-tahun dia diejek, dihina, tetapi dia tidak berputus asa, justeru dia memutuskan untuk terus kuat untuk menjalani kehidupan yang suram.

Gemma sebenarnya dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain. Dia sangat ceria dan aktif sama seperti yang lain, namun malang tidak berbau apabila dia terlanggar tiang elektrik sehingga berlaku pergeseran pada gigi kacipnya enam tahun lalu.

Giginya semakin parah kerana dia tidak mampu mendapatkan rawatan. Keluarganya tidak memiliki wang untuk membantunya mendapatkan rawatan. Keadaan menjadi lebih teruk kerana mulai memberi kesan buruk kepada bentuk wajahnya.

Dengan keadaanya begitu, dia telah menerima pelbagai tekanan dan gangguan semasa remaja. Rakan-rakannya hanya menilainya daripada fizikal yang dimiliki. Kerana tidak tahan lagi dengan cemuhan dan ejekan kawan-kawan dia akhirnya memutuskan untuk menjalani homeschooling (sekolah rumah) iaitu kaedah pendidikan alternatif yang dilakukan di rumah, di bawah pengarahan ibu bapa atau tutor.

Apabila dewasa dia telah menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya, namun teman lelakinya menjadikannya sebagai bahan lawak jenaka dan dia sering ditertawakan oleh bekas teman wanita teman lelakinya.

Gemma tidak mahu lagi diganggu dan menjadi bahan ejekan seperti itu, lalu dia memberanikan diri mendaftarkan dirinya di “Jeremy Kyle Show“.

Dia telah menceritakan keadaan yang berlaku kepadanya secara terbuka di hadapan kamera. Dia berharap dapat membangkitkan empati orang ramai melalui program TV itu, tetapi hal itu tidak berlaku seperti yang diharapkan. Hal ini kerana, selepas program TV itu disiarkan dia telah menjadi bahan jenaka para penonton yang menyaksikannya.

Di internet penuh dengan komen negatif tentang dirinya. Orang ramai terus melemparkan kritikan dan mencelanya sesuka hati dengan kata-kata yang sangat menyakitkan hatinya. Perkara tersebut telah membuatkan Gemma tidak berani lagi untuk keluar rumah, bahkan dia mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan.

Demi mengubah keadaan Gemma, pengacara program itu Jeremy meminta orang ke rumah Gemma untuk melakukan wawancara.

Pada masa itu, Gemma bersembunyi di rumah tidak berani keluar, dia benar-benar sangat kecewa dengan hidupnya. Menurutnya hidupnya tidak akan berubah dan tiada orang yang menyokong dan memahaminya.

Setelah Gemma meluahkan perasaannya, Jeremy dan kumpulan program TVnya mengatakan bahawa mereka akan memberi kesempatan kepada Gemma untuk mendapatkan kembali kehidupan barunya dengan menaja pembedahan untuk Gemma memperbaiki giginya.

Pada awalnya Gemma benar-benar tidak percaya akan semua itu. Sudah bertahun-tahun dia ingin memperbaiki giginya, tetapi tidak mampu kerana kosnya yang tinggi dan kali ini dia sama sekali tidak menyangka impiannya bakal menjadi kenyataan.

Proses pembedahan giginya telah disiarkan secara langsung dalam program tersebut. Pembedahan berlangsung dengan lancar, masa yang diperlukan juga tidak lama dan Gemma benar-benar sangat gembira setelah melihat wajahnya yang baru.

Gemma mula menjalani kehidupan baru yang normal. Selain itu, percakapannya kini menjadi lebih jelas dan difahami. Tiada lagi orang yang memandang giginya dengan pandangan sinis. Dia kini lebih gembira, rasa malu dan rendah diri yang dialaminya dahulu telah hilang.

Akhirnya usaha Gemma untuk keluar daripada dibelenggu tekanan dan kesedihan telah berjaya. Dia kini benar-benar memiliki kehidupan yang baru.

Walaupun apa yang berlaku ke atas Gemma bukan salahnya tetapi dia terus dihukum oleh masyarakat. Tiada siapa yang mahu mengalami seperti apa yang dilalui Gemma bahkan Gemma sendiri tidak pernah menginginkannya berlaku. Tetapi tiada siapa juga yang boleh menghalang kejadian hitam itu berlaku.

Video:-

Sumber:- Era Baru

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!


P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

The post Teruk Di Troll Di Twitter Kerana Giginya. Wanita Ini Nekad Melakukan Perubahan Yang Buat Ramai TERKESIMA !!! appeared first on EKSIDENZ.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.