Loading...
Cite Malaya

USOP MENTOR MILENIA JADI FENOMENA?




Hari ni buka facebook ramai pulak yang update status tentang Usop Mentor Milenia. Peserta Mentor Milenia  yang satu ni mencuri tumpuan penonton sejak seisi ujibakat lagi.Dengan gaya selamba, kelakar dan acah-acah kontrol handsome tu yang membuatkan usop menjadi perhatian peminat-peminat rancangan mentor.Di tambah lagi dengan logaht Kedah nya yang pekat membuatkan Usop disenangi ramai orang.

Apa yang lebih menarik suara usop memang sedap.Setiap lagu yang di bawa memang sangat baik.Ramai yang sudah mula menonton video-video nyanyian Usop di Instagram Sebab itu Usop menjadi daya penarik untuk rancangan Mentor kali ni.Kalau nak ikuti Usop di Instagram boleh ke @UsopOfficial


Terkejut juga saya tengok Instagram Usop ni.Naik mendadak pengikut nya.Kalau semalam saya rasa baru 7000 lebih pengikutnya tapi sekarang dah melebihi 11 ribu pengikut. Memang Usop Mentor Milenia ni ramai peminatnya dan sedang menjadi fenomena.



Rupa bukan lagi jadi pertaruhan kalau nak jadi penyanyi sekarang ni.Cukup kalau ada suara yang baik dan imej yang semua orang suka.Tak sombong, tak lupa asal usul dan tak berpura-pura nak nampak sempurna di depan orang lain.Jadi diri sendiri itu lebih disukai.Tapi pastikan kalau nak jadi diri sendiri tu , biar lah jadi yang elok..kan??

sekian..

sumber: http://www.dianarashid.com

About Cite Malaya

Powered by Blogger.
KLIK LIKE DAN [X] UNTUK BACA ARTIKEL Button Close