Loading...
gengsensasi

Tertembak paku pada kemaluan diri


SWANSEA, WALES - Seorang lelaki secara tidak sengaja tertembak paku di kemaluannya sendiri, namun bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan, lapor Daily Mail

Sam Rees, 22, yang bekerja sebagai buruh binaan bernasib baik kerana paku panjang 3.5 inci itu tidak terkena pada bahagian penting. 

"Pada ketika kejadian saya sedang menggunakan pistol paku menembak sesuatu, malangnya paku tersebut terpantul dan tertusuk berhampiran alat sulit saya. 

"Paku yang panjang 3.5 inci itu tertusuk di bahagian tersebut pada kedalaman 2.8 inci. Doktor kata, ia hampir terkena pada bahagian utama dan hanya tersasar 0.4 inci sahaja. Jika saya tarik paku ini sendiri, pastinya saya akan mengalami pendarahan yang boleh menyebabkan maut. 

"Saya tak sangka kecederaan yang dialami adalah serius sehingga saya mendapatkan rawatan di hospital dan menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan paku tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Rees berkata tangannya dicucuk dengan 'drip' jauh lebih sakit berbanding ditusuk paku. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.