Loading...
gengsensasi

'Suami saya tak romantik macam suami awak...'


"Suami saya tak romantik macam suami awak..."

Walaupun pernah dengar ayat yang sama beberapa kali, tetapi terkedu juga saya buat seketika. Nafas saya hela dalam-dalam. 

Suami saya dilihat romantik oleh mereka. Pada apa ye yang romantisnya itu? Suami tidak pernah bukakan pintu kereta untuk saya. Dia tidak pernah beri saya sejambak bunga. Bila keluar makan, tak pula pernah dia tarikkan kerusi untuk saya duduk. Dia juga tak pula pandai buat kejutan. Tarikh lahir, tarikh ulangtahun perkahwinan pun Reminder telefon bimbit yang tolong ingatkan. Jadi, di mana romantiknya? 

Sementara minda menjelajah hari-hari lalu mencari di mana romantisnya dia yang bergelar suami. 

"Saya rasa suami awak pun romantik juga. Cuma cara kita melihat tindakan suami sahaja yang menyifatkan suami kita romantik atau tidak." 

Ya, barangkali si suami itu orangnya tidak pernah lekang mendoakan kita dalam setiap hela nafasnya. Itu romantik. Atau si suami itu seorang yangtidak pernah culas menyediakan segala keperlua kita dan keluarga. Itu juga romantik. 

Lihatlah suami kita sendiri dengan mata dan hati yang syukur. Dia tidak pernah berkasar bahasa dengan kita, itu sudah dikira romantik. Dia bawa kita balik rumah mak ayah kita, jenguk keluarga kita, itu romantik.

Carilah romantiknya suami kita pada perkara biasa-biasa yang dilakukannya. Suami akan sangat menghargainya. Pejamkan mata pada yang tiada pada suami kita, kerana yang sudah ada itulah dirinya. Dia tidak perlu menjadi orang lain hanya untuk membahagiakan kita, sedang hatinya tak suka. 

Ya, di mata dan hati saya, suami saya sangat romantis.
  1. Dia tidak jemu bertanya, "Dah solat ke belum?" setiap kali masuk kereta mahu pulang dari kerja.
  2. Dia tidak lokek bercerita tentang hari-harinya dan perasaannya, penatnya serta kesukaannya pada saya.
  3. Dia sentiasa lembut mengejutkan saya dari lena jika saya tidur sebelum solat atau lewat bangun pagi.
  4. Dia tidak lupa menghantar SMS bila berjauhan walaupun sepatah ayat sahaja, "Okey," 
  5. Bila sakit, dia carikan ubat. Bila barang dapur tak ada, dia ajak pergi beli atau terus belikan.

Ya, dia tidak perlu beri saya bunga untuk menjadi romantik sebab dia dah mendoakan saya dan rumah tangga kami bahagia dunia dan akhirat. Doa yang sangat mewah dari sejambak bunga! 

Berterima kasihlah pada suami masing-masing. Renung matanya dan sebutlah "saya untung ada suami macam awak di sisi". Percayalah, selepas itu kita tidak perlu menjeling-jeling lelaki lain yang kononnya lebih romantis dari suami di sisi. - Facebook

About Cite Malaya

Powered by Blogger.