Loading...
kisahbenar

Seorang Pelajar Telah Terlanggar Kereta Mewah & Respon Tuan Kereta Sgt Mengejutkan !!!

Seorang Pelajar Telah Terlanggar Kereta Mewah & Respon Tuan Kereta Sgt Mengejutkan !!!| Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, Chen Yifan secara tak sengaja telah terlanggar sebuah kereta BMX SUV pada 4 Februari lalu ketika menghantar makanan. Bagaimanapun, dengan rasa penuh tanggungjawab dia meninggalkan nota mohon maaf dan juga wang tunai sebanyak RM 201.

“Pakcik yang dihormati, Saya minta maaf atas kesilapan saya dan saya juga berasa sedih mengenainya”. “Saya seorang pelajar dan sedang intern. Saya telah meninggalkan wang sebagai pampasan. Saya tahu ia tidak mencukupi, tetapi saya tidak mempunyai wang yang lebih. Saya ikhlas mohon maaf, ” tulis Chen.

Keesokan harinya pemilik kereta berusia 52 tahun, Xue Zhanmin hilang kemarahannya apabila membaca nota tersebut. “Semua orang membuat kesilapan, tetapi apa yang paling penting ialah sama ada kita berani bertanggungjawab atau tak di atas kesalahan yang kita buat,” katanya.

Disebabkan kejujuran tersebut, Xue memberi 10, 000 yuan ( RM 6000) kepada Chen untuk membantunya memandangkan dia masih lagi belajar.

Sumber: era.fm

The post Seorang Pelajar Telah Terlanggar Kereta Mewah & Respon Tuan Kereta Sgt Mengejutkan !!! appeared first on KISAH BENARKU.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.