Loading...
Cite Malaya

Pukul 1 Pagi Aku Terjaga Lihat Rumet Baca Quran. PELIK. Esoknya Dia Bagitau Sebenarnya…..

Pukul 1 Pagi Aku Terjaga Lihat Rumet Baca Quran. PELIK. Esoknya Dia Bagitau Sebenarnya….. | Di sini saya ingin kongsikan satu kisah yang saya sendiri alami, sama ada ia seram ataupun tidak terserah kepada kalian untuk menilai, yang pastinya ini adalah satu pengalaman yang saya sendiri alami bersama teman sebilik saya. Perasaan yang tidak dapat digambarkan, yang pasti ia akan saya ingati.

Kisahnya bermula apabila bermulanya minggu study week iaitu seminggu sebelum peperiksaan bermula. Ada satu malam tu, bagi saya rasakan malam tersebut adalah sama seperti malam-malam sebelumnya namun mungkin berbeza kepada teman sebilik saya iaitu Ayu. Seperti biasa saya akan tidur terlebih dahulu berbanding dengan teman sebilik saya iaitu Ayu, Yaya dan Ila.
Tidur berseorangan di dalam bilik tidak menjadi masalah bagi saya. Bilik tersebut merupakan satu-satunya bilik yang boleh memuatkan sehingga empat orang di dalam rumah tersebut. Bilik-bilik lain hanya boleh memuatkan dua orang pelajar.
Di dalam bilik kami tersebut boleh memuatkan dua buah katil double decker, katil yang saya duduki berada di tepi dinding dan kaitl saya adalah katil yang berada di tingkat bawah, di tingkat atas katil saya pula milik Yaya. Katil double decker satu lagi pula berada di tepi tingkap, tingkap tersebut biasanya kami sentiasa buka kecuali waktu maghrib kami tutup seketika. Biasanya kalau kami tidur kami akan biarkan tingkap tersebut terbuka supaya udara luar dapat masuk dan udara panas di dalam bilik kami dapat disejukkan. Katil yang berhampiran tingkap tersebut bahagian bawah milik Ila dan bahagian atas pula milik Ayu. Di antara katil kami ada sebuah loker, loker tersebut adalah loker saya dan lagi tiga loker berada sederet dari pintu masuk hingga ke tingkap. Ruangan bilik kami agak padat dan sempit.
Hendak dijadikan cerita, pada lewat malam tersebut saya tersedar. Tgk jam dalam pukul 1 pagi. Dalam sayup-sayup kedengaran di telinga saya seperti ada orang yang mengaji. Waktu itu, saya masih memejamkan mata dan badan saya pula masih menghadap ke arah dinding. Tiba-tiba pula saya rasa hendak menoleh ke arah belakang, untuk mengenal pasti dari mana datangnya bunyi tersebut. Berbekalkan samar cahaya saya melihat sekeliling, tiba-tiba mata saya terpaku ke atas katil Ayu.
Saya lihat Ayu terkumat kami membacakan ayat-ayat suci dalam keadaan mata terpejam dan masih terbaring seperti masih tidur. Dalam hati saya berkata bagusnya Ayu tidur sampai mengigau membaca ayat-ayat suci tanpa memikir apa-apa yang pelik. Saya kembali menoleh ke arah dinding untuk sambung tidur.
Tiba-tiba “kreekkk!! krekkkk!!” bunyi seperti orang memanjat turun katil yang pastinya bukan dari katil yang sedang aku tidur sebab kalau dari katil yang aku tidur sudah pasti gegaran orang nak turun aku akan rasa. Kemudian “tapp!! tapp!! tapp!!” seperti bunyi orang sedang berlari keluar dari bilik. “Eh! siapa pulak yang tak tidur lagi ni? Tadi rasanya tengok katil sebelah macam dua-dua dah tidur, getus hati aku”.
Disebabkan perasaan ingin tahu yang kuat, aku kembali menoleh. Aku tengok, “Eh! Katil Ayu kosong mana pula Ayu pergi? Hm, mungkin Ayu sambung study kot sebab exam dah nak dekat”. Ayu sememangnya seorang pelajar yang bijak dan suka belajar hingga lewat malam. Jadi aku tidak memikirkan apa yang pelik sehingga…..
“Tapp!! Tap!! Tap!!” Bunyi tapak kaki seperti orang masuk bilik, aku tengok Ayu masuk ke bilik membawa Al-Quran ditangannya naik ke atas katil. Aku mula pelik, biasanya Ayu tak pernah mengaji di atas katilnya sebab kebiasaannya Ayu akan mengaji di luar bilik tempat kami sembahyang sahaja. Seperti ada yang aneh aku rasakan sewaktu itu seakan ada yang tak kena dengan si Ayu.
Yaya dan Ila masih tidur. Aku tengok seperti Ayu ketakutan, matanya terpejam terkumat kamit membaca sesuatu, digenggamnya Al-Quran tersebut serat-eratnya. Seakan terlalu takut akan sesuatu, sesuatu yang akan rasakan hanya Ayu yang boleh nampak. Aku bersuara, “Ayu awak okay tak?, aku laung kepada Ayu yang berada di atas katilnya di sebelah”. Ayu menoleh ke arah aku sambil tersenyum dan memberitahu aku, “ Okay tak ada apa-apa Tie, Ayu okay. Tie tidurlah Ayu cerita esok, beritahu Ayu kepada aku”. “Ayu kalau ada-apa beritahu ye?, pesan aku kepada Ayu”.
Ayu hanya mengangguk. Aku lihat posisi baringnya berubah, tadi dia tidur kepalanya betul-betul di sebelah loker aku. Tapi ni, dia seolah beralih meletakkan kepalanya di tempat kakinya, seperti terbalik. Tiba-tiba Yaya tersedar dan bangun bertanya kepada Ayu seperti aku. Disebabkan bunyi dari katil aku betul-betul pasti Yaya bangun tapi Yaya seolah-seolah tidak nampak apa-apa yang pelik. Kemudian Yaya kembali tidur seperti orang yang mamai dari tidur.
Aku tidak berpuas hati, hendak bangun dari katil. Tapi tiba-tiba meriding bulu roma aku separuh badan seakan mengisyaratkan ada sesuatu di atas loker aku. Aku batalkan niat, takut juga aku nampak akan sesuatu memandangkan aku sendiri lemah semangat dan entah bila aku tertidur.
Keesokannya, Ayu terkena demam panas. Setelah disoal berulang kali kenapa semalam Ayu nampak pelik, kemudian barulah Ayu memberitahu kepada kami. Rupanya semalam dia ternampak ada makhluk berbaju putih lusuh dan buruk sedang duduk mencangkung di atas loker aku, rambutnya panjang dan matanya merenung tajam ke arah Ayu.
Sewaktu aku bertanya kepada Ayu kenapa?, kata Ayu makhluk tu tampak matanya semakin merah seolah sangat marah dan melarang Ayu dari memberitahu kepadaku. Makhluk tu tidak berganjak dari loker tempat sehinggalah Ayu tertidur akibat kepenatan dalam ketakutan. Rupanya Ayu taknak kami takut sebab tu semalam dia taknak beritahu apa-apa kecuali menyuruh kami untuk tidur. Hm! Memang tepatlah sangkaan aku semalam, seperti ada sesuatu di atas loker.
Bila diberitahu kepada ayah temanku yang agak arif tentang perkara ini, rupanya makhluk tersebut adalah hantu raya yang hanya singgah untuk menganggu memandangkan tingkap bilik kami pun tidak tertutup.
Sekian sahaja kisah kami, ini merupakan kisah benarnya yang kami alami mungkin ada di antara kalian yang pernah mengalaminya. KREDIT FIKSYENSYASYA.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.