Pengusaha Kantin Ini Tunjuk Bihun Tomyam RM 1.50 Di Kantinnya, Mahu Kanak-kanak Kenyang !!! | Sejak beberapa hari lepas satu status seorang wanita mengenai makanan bernilai RM 2.00 di sebuah kantin sekolah yang ‘menyedihkan’ telah menjadi viral. Wanita itu yang bernama Hanizam Hassan melahirkan rasa terkilan dengan sikap peniaga kantin yang terlalu memikirkan keuntungan dan berkira dengan kanak-kanak sekolah yang hanya diberi nasi putih dan sayur goreng untuk makanan bungkus RM 2.00.
Seorang pengguna Facebook yang juga pengusaha kantin, Shaukat Shahirah, telah memuat naik gambar makanan bernilai RM 1.50 yang dijualnya di kantin sekolah. Makanan itu berupa semangkuk bihun tomyan yang kelihatan seimbang dengan bahagian karbohidrat (bihun), protein (potongan ayam) serta sayuran (lobak merah dan putih).
Tulis Shaukat Shahirah:
Aku sangat titik beratkan pemakanan budak budak kantin aku.
Aku akan pastikan mereka kenyang dengan duit yang mereka belanjakan.
Aku sangat tak faham manusia yang ambil kesempatan pada budak-budak ini.
Kes viral nasi putih sayur goreng sedih itu memang sangat tidak relevan dengan harga.
Memang tak dinafikan semua barang naik harga, tapi tak bermakna kau boleh sewenang-wenangnya letak harga ikut suka engkau!
Tak salah lebih kurang dengan budak.
Dan tak jatuh miskin kalau kau meniaga sambil bersedekah.
Doa budak-budak pun rezeki tahu, dak?
Aku bukan nak tunjuk aku best, atau aku bagus tapi aku nak tunjuk, aku boleh kenapa kau tak?
Aku berniaga di bandar juga! Bukan di kampung. This is Johor Bahru, tahu?
Engkau rasa barang murah, dak? Huhuhu
Sebab orang macam kau peniaga kantin yang macam aku pun terpalit sama.
Orang dok kecam peniaga kantin jahat. Sangat tak patut.
Ini adalah Bihun Tomyam RM 1.50.
Dan juga makanan ini adalah makanan paling mahal di kantin aku.
#kakakkantinisgeram #peniagajujurbelumpupus
#kakakkantinlawamakanansedap ??
Pada pendapat penulis, usaha Shaukat Shahirah untuk menyediakan hidangan yang seimbang pada harga RM 1.50 sangat baik dan bihunnya nampak sedap pula. Adalah sesuatu yang sangat melegakan untuk mengetahui yang bukan semua peniaga kantin mementingkan keuntungan semata-mata. Penulis pasti Shaukat masih membuat sedikit keuntungan dengan harga tersebut.
Malah di Kuala Lumpur ini penulis masih boleh mendapatkan nasi lemak lengkap berlaukkan sambal sotong pada harga RM 2.00. Itu yang menyebabkan penulis agak hairan bila nasi RM 2.00 hanya ada nasi putih dan kobis goreng atau nasi putih dengan kepala ikan keli goreng lada. Takkanlah nak berkira dengan kanak-kanak sampai begitu sekali?
Jika Shaukat boleh, mengapa tidak anda?
Sumber: Shaukat Shahirah
P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!
The post Pengusaha Kantin Ini Tunjuk Bihun Tomyam RM 1.50 Di Kantinnya, Mahu Kanak-kanak Kenyang !!! appeared first on HARIAN METRONI.