gengsensasi

Pelajar parah ditetak penyamun

loading...
loading...

JOHOR BAHRU - Seorang pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Johor Jaya 2, cedera parah di kepala selepas ditetak penyamun, semalam. 

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Teratai 50, Taman Johor Jaya, mangsa yang dilaporkan dalam perjalanan pulang dari sekolah, didatangi suspek yang membawa senjata dipercayai parang. 

Lapor laman Facebook Durian Kopi O, mangsa ditetak di bahagian atas kepala sebelum disamun suspek yang kemudian melarikan diri meninggalkan mangsa dalam keadaan cedera parah. 

Mangsa mengalami luka sepanjang 14 sentimeter, dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. 


Berdasarkan gambar yang dikongsikan netizen, mangsa dalam keadaan stabil. - The Reporter
loading...
loading...
loading...
loading...

About Media Cita Panas

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close