Loading...
Cite Malaya

Nak Tunang Abah Tak Bagi. Respons Kak Long Buat Kami Sekeluarga MENANGIS !!!

Nak Tunang Abah Tak Bagi. Respons Kak Long Buat Kami Sekeluarga MENANGIS !!! | Panggil saja aku Syah (bukn nama sbenar)..Aku anak ke 2 dari 4 org adik bradik..aku ada sorang kakk dan 2 org lagi bawa aku adik llaki.. Kat sini aku nak crta ttg akk aku..ak gelar dia akk..Crta aku ni tak lah complicated sgt just nak share about my only sister…

Dulu zaman kitorang kecil abah ni jenis panas baran jga lah..selalu pukul kitorang..tali pinggang,tali,hanger,ekor pari yg dah dikeringkan tu abah libas kt badan kitorang..akk dan aku selalu je merasa..sbb ak dan akk memang kaki gaduh..tak boleh betemu nak gaduh je memanjang..shingga mak abah pun dah naik bosan kot.
Keluarga aku ni dlm kategori kluarga susah jga lah..sebab abah keja sbgai tukang cat dan mak beniaga lekor je kat halaman rumah..makan setakat apa yg ada..sbb abah ni jenis selalu sakit dan dlm sebulan boleh kata abah hnya keja 2 hingga 3 mggu je selebihnya abah tak dapat keja(sakit) walaupun umur abah waktu tu baru awal 40an..wlupun sentiasa kesempitan wang,alhamdulillah mak abah bagi kami pndidikan yg smpurna mcm anak org lain..
Dulu zmn skolah mnengah,aku ni memang nakal nak mampus..rokok,skip skolah,lepak,syabu,arak semua tu aku dah cuba seawal umur 16 tahun..sedangkan akk aku waktu tu pengawas skolah..org kprcyaan guru2..jarak umur aku dgn akk aku ni cuma 2 tahun je..aku dgn ank ke-3 beza 4 tahun..byangkan bagaimana berbezanya perangai aku dgn akk..setiap kali mak kna panggil oleh guru disiplin akk yg teman mak..
Dia tak malu ada adik mcm aku walaupun aku tahu ada je rakan yg sisihkan akk..sehinggalah ketika aku di tingkatan5 kena tangkap khalwat dgn kekasih kat hotel berduaan masa waktu sekolah (skip sekolah)..Akhirnya aku kena gantung sekolah dan hanya dibenarkan dtg utk mngmbil spm..manakala waktu tu akk dah smbg bljar kat luar negara..aku msih ingat mak dtg skolah dgn air mata..abah tak pyh ckplah lunyai aku dia kerjakan dan hmpir berbulan abah tak tegur aku..Allahu.
Lepas dari kjadian tgkap khalwat tu mak abah khwinkan aku tanpa pengetahuan akk dan tidak ada siapapun yang crta kisah keterlajuran aku tu dgn akk stiap kali akk call kampung walhal dia tak pernah lupa tanya khabar kami tiap beradik..shggalah 2 tahun berlalu akk balik mlysia bercuti tapi waktu tu aku dah tak duduk dgn mak..aku berdikari tggal dgn isteri..akk balik dia hairan bila beberapa hari tak nampak kehadiran aku kat rumah mak..
Acap kali juga dia tanya mak abah tapi semua org hnya mendiamkan diri dan mak ckp aku kerja jauh..sehinggalah jiran aku yang buka crta sdgkan akk masih tak tahu apa yg terjadi..akk jumpa mak abah..dia nangis sepuasnya..dia ckp dgn mak,ksian mak abah kna tanggung malu..msti jiran pndg serong kat mak abah..mak kata nak smggu jga akk kurang berckp..mungkin kecewa dgn aku atau mgkin kecewa sbb dirahsiakn dri pngetahuannya..
Aku ingat mak pernah ckp,akk aku ni jenis yg langsung tak suka susahkan keluarga..tak pernah minta macam2 dgn mak abah..anak yg paling susah nak minta duit,paling sush nak dgr dia mengeluh,terlalu risaukan hal keluarga..semua kerja2 rumah,masak,mengemas,memang semua tu akk yg buat sedari umur dia 12 tahun tak silap aku..dia bagi mak beniaga je..hal2 rumah semua urusan dia..aku akui semua tu sebab aku nampak sendiri..walau hakikatnya akk aku ni jenis garang nak mampus dan kuat membebel..tapi kalau pasal duit,kau minta je dgn dia..klu dia ada duit,confirm dia bagi..klu tak de dia ckp xde.
Abah pernah cakap kat aku..sepanjang 7 tahun akk belajar kt luar negara..sesen pun abah tak pernah bagi akk duit hatta sebelum akk smbg study luar negara pun akk bkerja jadi guru sementara..sikit2 akk kumpul duit utk pengurusan nak smbg bljar..ketika akk degree shingga smbg master pun abah tak pernah kirim duit..bahkan akk pula yg selalu tanya kewangan mak abah..kirimkan duit untuk sekolah adik yang lain..bila mak tanya ada duit ke..jwpn akk mesti ada…sehingga kwn akk pernah crta yg akk pernah mngalami mslh bank..
Duit biasiswa akk tak boleh keluar ttapi akk tak pernah bagi tahu tentang hal tu kat mak abah..setahun jga akk mcm tu diamkan diri..rupanya dia beniaga kuih kat sana utk tampung pengajian dia..bila mak abah dpt tahu,mak nangis abah diam..ttapi akk ckp mak abah tak perlu risau rezeki allah tu kan luas..lagipun dia tgh jihad, Allah tak kan biarkan dia susah..ya,proud of u sist!
Pernah seingat aku tahun ke-4 akk kat luar negara..mak disahkan mengalami ketumbuhan dan perlukan pembedahan..sedangkan waktu tu akk tgh exam..hbis je paper terus akk terbang balik mlysia entah dia guna duit siapa beli tiket flight aku pun tak tahu.. mungkin pnjam kwn atau mungkin duit biasiswa..sepanjang mak kat hospital akk pun turut bekampung sama..kencing berak mak tak pyh ckplah semua dia yg basuh..akk tak bagi abah jaga mak kecuali melawat sebab tak nak abah risau..Duit belanja adik sekolah pun dia yg bagi sebab waktu tu abah dah tak kerja.
Satu lagi aku respect giler kat akk aku ni..dia je boleh lumpuhkan kedegilan abah aku..boleh kata akk aku ni kelemahan abah aku lah..mungkin disebabkan dia anak sulung dan satu2nya anak perempuan abah jadi abah syg sgt kat akk..abah aku ni jenis keras hati susah nak terima teguran org dan abah merupakan perokok tegar..ttapi depan akk abah tak berani nak merokok hahaha..hatta mak pun kalah dgn akk sbb akk je brani tegur silap abah..akk selalu layankan crta ‘dongeng’ abah sehingga pukul 2 pagi kat beranda..
Nak dijadikan cerita pula,adik lepas aku ni pun jenis bermasalah kat sekolah..pernah larikan diri dari rumah disebabkan dia selalu tak dapat apa yg dia nak(disebabkan kewangan keluarga)..beberapa kali juga adik di gantung sekolah sebab selalu tak hadir..sdgkan awal pagi kluar rumah guna baju seragam sekolah tapi bila dah kat luar dia pergi kerja..mak tak tahu sehinggalah mak terjumpa dia kat bandar tgh basuh bas awam kat washing car..
Akk dpat tahu je tentang hal tu hari2 akk call adik bagi nasihat&cramah free..sdgkan line oversea mahal kot..makin hampir adik nak spm pula,akk mesti call sebelum adik nak ambil paper exam..akk akn jadi guru tuisyen tak berbayar dari jauh..dia membebel tentang subjek sejarah,B.I,maths dan blablabla sehinggalah adik lulus juga spm walaupun tak cemerlang mana dan pada akhirnya adik berubah dan minta kebenaran mak yg dia nak masuk maahad tahfiz lepas habis spm..berkat doa mak abah juga pastiny adik berubah..syukur!
Aku ingat lagi suatu ketika..bila akk suarakan kemahuannya nak mnta kbnaran mak abah bertunang..ttapi dgn soalan tu abah dah mula sebak..aku lihat mata abah berkaca..abah kata,dia tak puas lagi hidup dengan akk..meskipun abah tak de kata pun yg abah tak benarkan..terus akk dgn tenang ckp dgn abah..tak pe abah,kakk tak kisah..jodoh cpat atau lmbt ttap akn dtg..tak di dunia di akhirat kn abah..ttapi mak abah satu2nya di dunia dan akhirat..klu abah masih berat hati nak berkongsi akk..akk lagi berat hati nak duakan abah..lpas je kata2 akk tu mak abah nangis..
Akk aku sumpah cantik..aku tak tipu! Huhu..sekarang akk dah jadi peguam syariah..adik lpas aku dah jadi hafiz dah nak smbg kt mesir..adik yg bongsu msih kt skolah mnengah..mak abah org yg paling gmbira..aku sungguh bangga..meskipun antra adik beradik kira aku yg tak bljar tinggi..ttapi ak bersyukur allah masih beri aku peluang utk bertaubat dan ada keluarga yg still mnerima aku..dan akk org yg selalu bagi aku semangat..klu nak lamar akk,pm tau..haha gurau je!
Ya, Dia Wanita Hebat.. Semoga dipertemukan jodoh sebaikmu.– Kredit Syah via IIUM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.