Loading...
gengsensasi

Murid dakwa ditampar guru sehingga hidung berdarah


MIRI - Gara-gara si ibu mengadu kepada pihak sekolah yang anaknya kerap dipukul di bahagian kepala, seorang pelajar sekolah mendakwa ditampar gurunya sehingga hidungnya berdarah. 

Bapa mangsa, Abang Joe Gil, dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari semalam, anaknya ditampar sehingga mengalami pendarahan hidung. 

Menurut bapanya, anaknya sebelum ini selalu mengadu dia enggan menyertai aktiviti kawad kaki di sekolahnya kerana ada seorang guru lelaki yang kerap memukul kepalanya sekiranya dia melakukan kesilapan ketika menjalani latihan kawad. Disebabkan itu juga, dia enggan datang ke sekolah kerana bimbang perkara itu akan berlaku lagi. 

Isterinya pernah mengadu pada pihak sekolah mengenai perkara itu dan meminta pihak sekolah menegur tindakan guru berkenaan agar tidak memukul kepala anak mereka. Namun pasangan itu tidak menghalang jika guru mahu memukul tangan, kaki atau punggung anak mereka sekiranya dia melakukan kesalahan. 

Difahamkan, guru yang menerima aduan dari ibu pelajar itu kemudian memaklumkan kepada guru terbabit dan menegur tindakannya itu serta dinasihatkan agar tidak berbuat demikian di masa akan datang. 

"Keesokan harinya 22 Februari 2017, anak saya tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi lalu dihukum berjemur di tengah panas selama satu jam oleh guru yang sama. Selepas satu jam, dia membawa anak saya pergi ke kelas dan dalam perjalanan, anak saya telah ditampar sehingga terjatuh terlentang di tepi parit sebelum di bawa berjumpa dengan guru yang menerima aduan dari ibu pelajar berkenaan tempoh hari. 

"Apabila guru itu bertanya mengapa hidung berdarah, anak saya cuma mendiamkan diri. Guru lelak itu menyatakan bahawa anak saya gagal siapkan kerja sekolah dan telah melawan kata-katanya," katanya. 

Justeru, rakan-rakan mayanya menyarankan beliau membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa anak lelakinya itu. 

Sehingga kini, tiada sebarang maklumbalas mengenai perkembangan terkini dari bapa mangsa. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.