Loading...
gengsensasi

Mayat bayi ditemui dalam tong sampah, suspek 19 tahun ditahan


KOTA BHARU, KELANTAN - Penemuan titisan darah di dalam bilik asrama membongkarkan penemuan mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalam tong sampah di sebuah kolej swasta, semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 3 petang semalam, mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui dalam plastik yang dibungkus dengan seluar. 

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Din Ahmad berkata, penemuan mayat bayi itu terbongkar selepas pengawal keselamatan kolej itu terdengar perbualan beberapa penuntut yang menemui titisan darah di dalam bilik. 

"Mereka (penuntut) kemudian membawa pengawal keselamatan ke bilik tersebut untuk menunjukkan tompokan darah yang banyak di katil dan atas lantai. Pemeriksaan lanjut menemui plastik berisi mayat bayi yang dibungkus dengan seluar di dalam tong sampah," katanya. 


Mayat bayi berkenaan dibawa ke Balai Polis Kota Bharu oleh pengawal keselamatan berkenaan pada jam 6.21 petang semalam sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. 

Siasatan awal polis mendapati, bayi berkenaan dilahirkan oleh seorang penuntut wanita berusia 19 tahun kolej tersebut. Sebelum itu, suspek telah dibawa ke hospital pada jam 8 pagi oleh pihak kolej selepas dia mengadu sakit. 

Keadaan suspek dilaporkan stabil dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.