Loading...
gengsensasi

Kisah ‘Perigi Mencari Timba’, Bawa Ke Jinjang Pelamin

Perbuatan melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri bukanlah perkara asing yang dilakukan seorang lelaki apabila telah bersedia untuk bergelar suami.

Perigi Mencari Timba [4]

Namun, apabila ia dilakukan sebaliknya, pasti si wanita dilabelkan dengan istilah ‘perigi mencari timba’.

Ekoran takut dilabel sedemikian juga menjadi punca ramai golongan hawa memegang kuat prinsip ungkapan itu kononnya demi menjaga air muka dan maruah mereka sebagai seorang wanita.

Bagaimanapun, zaman sudah berubah. Kaum Hawa hari ini sudah mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama kaum Adam menguruskan kerjaya masing-masing.

Boleh dikatakan, ungkapan atau istilah ‘perigi mencari timba’ ini sudah tidak logik untuk diamal atau dipegang.

Realitinya, jika ada kemahuan dan keinginan terhadap sesuatu, mengapa tidak kita jayakan? Mengapa harus dicipta 1001 alasan menghalang sesuatu impian?

Apatah lagi, memulakan langkah tersebut untuk membina sebuah perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan adalah perkara yang dituntut dalam Islam.

Jika diimbas pada sejarah, Siti Khadijah sendiri melamar Nabi Muhammad SAW untuk disatukan selepas terpikat dengan keperibadian baginda.

Justeru, usah menanti lama apa menyentuh perihal jodoh. Jika ada lelaki yang anda sukai dan yakin boleh membahagiakan anda, tidak salah untuk anda memulakan langkah awal.

Seorang wanita yang baru bergelar isteri, Nur Mujahidah Asri turut mendedahkan kisah cinta ‘ perigi mencari timba’ yang dialaminya bersama suaminya.


Perigi Mencari Timba

Ternyata usaha beraninya suatu ketika dahulu mendatangkan hasil, apabila lelaki yang kini menjadi suaminya, Syed Muaz turut menyukainya dalam diam setelah sekian lama.

“Kalau orang tanya, saya tak kisah jawab dengan konfien ‘Haah, 5 tahun lepas saya yang start nak kenal-kenal interview dia dulu (a.k.a. ngorat.. Hahaha)’. Mungkin orang cakap ‘kau ni macam perigi cari timba. Tapi rupa-rupanya lepas dah lama kenal, baru tahu cerita, timba dah lama berkenan dekat pergi, sebelum perigi cari timba,” tulisnya Mujahidah, 23, yang kini bahagia bersama suaminya.

Justeru, ini tidak salah dan bukanlah perkara janggal bagi seseorang untuk memulakan sesuatu usaha terlebih dahulu. Apa yang penting, usaha, tawakal dan berdoa.

Semoga berbahagia buat Mujahidah dan suaminya.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.