Kisah Adik Nawi Berkaki Ayam Ke Sekolah Mendapat Perhatian Neelofa ???| Kisah Adik Nawi & pelajar-pelajar lain yang bersekolah di Pulau Banggi, Kudat, Sabah yang bersemangat waja hanya berkaki ayam merentas hutan 4 jam untuk pergi & balik sekolah telah menjadi viral & (BACA ARTIKEL : NAWI BERJALAN KAKI AYAM 2 JAM SEHARI UNTUK KE SEKOLAH (LINK)); mendapat perhatian ramai selepas Artis/Pengacara/Pelakon terkenal Neelofa telah memuat naik status berkenaan ini dilaman FB nya semalam.
Menurut Neelofa hari ini bahawa beliau akan membantu adik Nawi ini. Ini adalah suatu berita baik dimana ada insan prihatin akan membantu meringankan bebanan mereka dikala kesusahan. =) Berikut adalah snapshot dari FB Neelofa;
Akaun FB Neelofa yang mempunyai 1.3 Juta likers sekarang ini sudah tentulah mempu membuat kisah adik Nawi ini menjadi popular dalam sekelip mata. Menurut Neelofa, kisah ini sangat memberi inspirasi & semangat kepadanya dan juga mungkin boleh menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain yang juga sama-sama sedang bersekolah tapi dalam keadaan yang serba ada. Respon netizen apabila mengetahu Neelofa akan membantu adik Nawi adalah sangat memberangsangkan. =) Berikut adalah sebahagian daripada respon likers Neelofa;
Semangat yang ditunjukkan oleh adik Nawi & rakan-rakan sememangnya sukar ditandingi. Keazaman yang kuat untuk menuntut ilmu adalah sesuatu yang patut dipuji. Mereka membuka kasut untuk meredah belantara kerana untuk memanjangkan usia kasut mereka yang dianggap sesuatu yang sangat berharga & mahal harganya. Oleh sebab itu mereka sanggup untuk berjalan 4 jam meredah belantara dengan hanya berkaki ayam & hanya akan memakai kasut setelah tiba di sekolah.
Semoga adik Nawi & rakan2 terus maju & menjadi insan yang berguna kelak. =)
The post Kisah Adik Nawi Berkaki Ayam Ke Sekolah Mendapat Perhatian Neelofa ??? appeared first on KISAH BENARKU.