Loading...
gengsensasi

Kenapa Lelaki Sukakan Wanita Yang Cantik & Kurus Sahaja?


Abah terdengar jeritan dari bilik anak gadisnya. Disusuli dengan tangisan sayu. Lantas dia bangun. Menuju ke bilik anaknya. Ketuk pintu bilik anaknya.
“Kenapa ni? Boleh abah masuk?”
Anaknya masih menangis di dalam.
“Tak boleh… Tak boleh…”
Anak gadisnya itu dikuasai emosi. Tak mampu berfikir dengan baik kala itu. Abahnya segera dapat menangkap isi cerita.
“Lelaki yang kamu suka tempoh hari tu, dah tinggalkan kamu ke?”
Raungan makin kuat kedengaran dalam bilik. Si abah masih berdiri di hadapan pintu bilik yang berkunci. Nampak seperti tekaannya tepat pada sasaran. Seketika, si anak mulai berbicara dalam sendu tangisnya.
“Salah ke kalau saya gemuk berisi? Apa hina sangat ke? Saya tak minta pun badan cepat naik macam ni!
Lelaki semua sama saja! Nak yang cantik! Nak yang solid! Nak yang slim!
Yang tak seberapa macam saya ni, tak fikir panjang terus tolak buang macam tak ada harga!”
Abah duduk bersandar di depan pintu anaknya. Dia tahu anaknya itu berada di sebalik pintu sana melalui bayang di bawah pintu.
“Tahu tak, kita tak perlu jadi kurus atau cantik pun? Yang lebih penting adalah sihat. Agama tak suruh jadi kurus atau jadi terlalu gemuk.
Agama suruh jaga kesihatan supaya senang beribadah. Hambakan diri pada Allah.”
Anaknya menjawab,
“Tu Allah nak. Tapi, lelaki tak nak.
Lelaki nak yang cantik bergaya slim ramping!”
Abah mendengar luahan si anak. Menjawab kembali,
“Andai badan yang cantik kuruslah yang lelaki itu kejarkan, kenapa nak lagi lelaki begitu? Kerana sudah jelas, terang bersuluh, hatinya tidak pada hatimu. Cuma bernafsu pada lekuk tubuhmu.
Menyintai seseorang yang tiada perasaan pada kita, ibarat tanam batu dalam tanah dengan harapan ianya bercambah menjadi pokok yang subur. Memang taklah.”
Dalam Surah Al-Hujuraat ayat 13, Allah berfirman,
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”Al-Hujuraat, ayat 13
Abah sambung berbicara,
Bukan siapa yang lebih cantik, siapa lebih kurus, siapa lebih slim, siapa lebih menawan dan menarik hati dan mata yang memandang. Tetapi siapa yang lebih bertakwa antara kamu.
Andai lelaki itu mahukan tubuh slim semata-mata, adakah dia lelaki bertakwa? Jawabnya tidak.
Dia biar kamu sakit, kamu terseksa, kamu sengsara hati, diet sampai tak makan, gastrik jatuh sakit, makan pil itu dan ini yang mudaratkan organ semata-mata untuk kurus seperti kehendaknya, semata-mata demi memenuhi nafsu keinginannya, adakah ini tanda takwa?
Jawabnya tidak. Cuma lelaki bayangan syaitan. Nafsu menguasai dirinya.”
Anaknya menangis lagi. Namun, tangisannya kian mereda.
“Tapi abah, saya cintakan dia.”
Abahnya cuma tersenyum di balik pintu, seraya berkata.
“Bila benar cinta, dia takkan sanggup buatmu terluka. Andai benar dia mahu kamu terlihat kurus cantik, maka lamarlah dari tangan wali ini. Dari abah.
Kemudian, ketika perjalanan menuju nikah atau selepas nikah, dia sendiri yang berikan sokongan, dorongan kepada calon isterinya untuk berubah.
Mengurangkan obesiti. Mengurangkan lemak. Dengan bersenam dan sebagainya. Ikutlah apa namanya, diet atkins ke diet gaya kevin ke. Asalkan sihat dan tidak beri tekanan.
Bukan dengan mendera hati dan perasaan. Tapi dengan beri galakan dan sokongan dengan mesra dan memahami jiwa.
Dia yang menjadi trainer. Dia yang bersama dalam setiap susah dan rintangan sepanjang proses kuruskan badan.
Dia nak kamu terlihat cantik, dialah yang usahakan sehabis dayanya. Hendak cantik perlukan usaha dan sokongan. Bukannya petik jari atau seru saja, hatta mengarah bagaikan bos. Dia bukan bos sebelum akad.
Abahlah bos kamu sebelum akad.”
Suasana sepi seketika. Pintu dibuka. Si anak keluar dari biliknya. Peluk bapanya dengan sendu tangis.
“Abah..sakitnya hati ini..”
Abahnya menenangkan.
“Abah faham. Hidup ini ujian. Dengan ujian inilah yang akan lebih matangkan kamu. Supaya kamu tidak lagi jatuh dalam lubang berbisa yang sama untuk kedua kalinya.
“Lelaki yang ‘keras hati’ dan kasar pada kamu, tak elok dijadikan suami.
Nabi s.a.w. pesan: “Man Yuhramirrifqa, Yuhramil Khaira”,
“Barangsiapa luput daripadanya sifat lemah lembut, dia adalah luput dari segala kebaikan.”Hadis Riwayat Muslim
Biarlah tak kurus badan hingga jatuh sakit. Asalkan tak kurus iman. Hati berpenyakit.

Sumber : tazkirah.net


via Bin Usrah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.