Loading...
gengsensasi

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 3 kuarters

Gambar ehsan netizen dan Harian Metro
SHAH ALAM, SELANGOR - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 3 kuarters pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Seksyen 32, petang semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, Muhammad Syafiq Shyahmi Mohammad Sauffi maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Assisten Komisioner Shafien Mamat berkata, sebelum kejadian itu berlaku mangsa bermain di ruang tamu. Ibu dan bapa tirinya tidak menyedari mangsa memanjat meja di tepi tingkap ruang tamu, kemudian terjatuh melalui tingkap yang tidak dipasang jeriji. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan di kepala. 

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.