Loading...
kisahbenar

Informasi Penting Cara Tukar Nama Geran Kereta Bila Owner Meninggal !!!

Informasi Penting Cara Tukar Nama Geran Kereta Bila Owner Meninggal !!!| Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan atau sokongan yang diperlukan antaranya seperti berikut 1. Dua salinan borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)Borang TM-3 2. Dua salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)Borang JPJ K3A 3.

Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2) iaitu Geran 4. Dokumen pengesahan pemilikan / pentadbir yang asal jika berkenaan atau salah satu daripadanya seperti berikut 4.1 Surat Perintah Mahkamah atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil 5. Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa / sah Pemohon dinasihatkan hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan pertukaran hak milik bagi melancarkan proses permohonan. Sekiranya pemohon menghantar wakil untuk urusan tersebut ia memerlukan pengisian borang lain serta maklumat pengesahan identiti

Pembaharuan (Renew) Cukai Jalan Pembaharuan cukai jalan (Road Tax) bagi kenderaan yang masih berdaftar atas nama pemilik meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja untuk tempoh 6 bulan (sekali sahaja) oleh waris terdekat selepas tarikh akhir cukai jalan berkenaan Urusan pembaharuan cukai jalan tersebut hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja Selepas tempoh 6 bulan itu tamat, pembaharuan cukai jalan ke atas kenderaan terbabit tidak boleh dibuat lagi. Bagi membolehkan pembaharuan cukai jalan boleh dibuat semula, waris (bakal pemunya baharu) perlu membuat permohonan pertukaran milikan bagi kenderaan tersebut Waris (bakal pemunya baharu) dinasihatkan membuat permohonan pertukaran milikan dalam tempoh berkenaan atau sebelumnya bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang tidak diingini.

Puspakom. Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, pihak Puspakom akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan Sila bawa kenderaan (kecuali Motosikal) dan geran asal untuk urusan pemeriksaan di Puspakom Sila selesaikan dulu urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil baru buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom kerana urusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil mungkin mengambil masa yang berbulan-bulan berbanding tempoh sah laporan B5 Puspakom digunapakai hanya 30 hari sahaja

JPJ. Setelah menerima pengesahan milikan sebagai pemunya baru kenderaan tersebut dari pentadbiran pusaka atau perintah mahkamah serta kelulusan pemeriksaan kenderaan berdasarkan Laporan Pemeriksaan Tukar Milik (B5) dari Puspakom, pemohon boleh mula membuat urusan Pertukaran Milikan di cawangan JPJ berdekatan Sila rujuk kepada senarai borang yang diberitahu seperti diatas, lengkapkan dengan sempurna dan sertakan dokumen berkaitan yang diperlukan dalam setiap borang permohonan Bawa juga sijil kematian asal pemilik kenderaan yang meninggal dunia, mana tahu mungkin ia diperlukan dalam urusan pertukaran hak milik Borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen asal yang diperlukan dengan bayaran perkhidmatan hendaklah diserahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas untuk membuat proses pertukaran hakmilik dengan segera Untuk urusan cukai jalan boleh tanya pengawai JPJ berkenaan manakala insuran rujuk kepada syarikat insurans yang dipilih oleh pemohon

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

The post Informasi Penting Cara Tukar Nama Geran Kereta Bila Owner Meninggal !!! appeared first on KISAH BENARKU.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.