Loading...
gengsensasi

Doa Selamat Daripada Segala Kejahatan

 

 اللَّـهُمَّ  رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ و رَبَّ الأَرْضِ ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ  كُلِّ شَيْءٍ ، فَالِقَ الْحَبِّ  وَالنَّوَى ، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ  وَالفُرْقَانِ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، اللَّـهُمَّ أَنْتَ   الأَوَّلُ  فَلَيْسَ  قَبْلَكَ  شَيْءٌ ، و أَنْتَ َالآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ  شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ  فَلَيْسَ  فَوْقَكَ  شَيْءٌ ، وَ أَنْتَ الْبَاطِنُ  فَلَيْسَ  دُونَكَ شَيْءٌ ، إِقْضِ عَنَّا  الدَّيْنِ ، وَأَغْنِنَا مِنَ الفَقْرِ


 Ya Allah , Tuhan langit yang tujuh , tuhan bumi , tuhan arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhansegala sesuatu , pembelah biji dan benih , tuhan yang menurunkan taurat , injil dan al-Furqan ( al-Quran ) , aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan  yang Engkau pegang ubun-ubunnya , ya Allah engkaulah yang pertama tiada sesuatu sebelumMu , Engkaulah yang paling akhir , tiada sesuatupun sesudahMu.Engkaulah yang Zahir , tiada sesuatu yang lebih hebat dariMu , dan Engkaulah yang batin , tiada sesuatupun yang tersembunyi dariMu , tunaikanlah hutang kami dan cukupkanlah keperluan kami .

Keterangan Dalam hadith ini Nabi saw mengajar kita kepentingan memohon perlindungan dari dua kesusahan iaitu kesusahan hutang dan kemiskinan. Sebagai umat yang dinobatkan sebagai sebaik umat , kita harus peka kepada dua masalah ini yang kerap mengundang kesusahan dalam hidup .

Ramai manusia terpedaya dengan cara hidup bermewah-mewah yang tak diperlukan hingga menyebabkan berhutang untuk urusan yang tidak diperlukan . Moga Allah mengurniakan kita dengan limpah kurniaNya agar terselamat dari musibah ini dengan berkat beramal dengan wahyuNya menerusi lidah Nabi saw ini . * HR Muslim no 2713

Sumber: AkuIslam


via Bin Usrah

About Cite Malaya

Powered by Blogger.