Dirog@l Bunian..Lelaki 75 Tahun Kongsi Pengalaman MENAKUTKAN !!! |Sidek Baki, 75 menceritakan, selepas dia memunggah asam paya atau buah kelubi di hujung jalan, dia tercium bau harum dari persekitarannya.
Menurutnya, dia pun menoleh lalu terlihat tiga gadis berusia dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun yang memanggilnya.
Pada mulanya Sidek tidak mahu mengikut gadis kecil itu kerana masih hairan dan berasa takut selepas tercium bau wangi dari tubuh mereka bertiga.
Tetapi selepas dipujuk dan digoda akan ditunjukkan dengan tempat yang banyak asam paya, dia menerima ajakan tiga gadis kecil itu.
Utusan Sarawak pada Isnin 13 Februari melaporkan, selepas 28 jam dikatakan hilang secara misteri semasa mencari asam paya dan rotan pada pagi Jumaat lepas, Sidek akhirnya berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat.
Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan penduduk kampung di sebuah hutan terletak 10 kilometer dari kediaman warga emas tersebut.
Ketika ditemui, Sidek mengaku tidak lapar kerana mendakwa diberi makan kuih penyaram oleh gadis berkenaan yang membawanya menuju lokasi banyak asam paya.
Ketika ditemui, Sidek mengaku tidak lapar kerana mendakwa diberi makan kuih penyaram oleh gadis berkenaan yang membawanya menuju lokasi banyak asam paya.
Sidek berkata, bagaimanapun sebelum sampai ke lokasi yang dikatakan banyak asam paya, tiba-tiba tiga gadis yang berjalan di hadapannya itu membuka pakaian.
Sidek menceritakan, dia menutup matanya dan memarahi gadis tersebut sebagai “kurang ajar”
Sebagaimana dilaporkan Utsuan Sarawak, Sidak berkata, “Mereka tidak endahkan saya dan saya terus membaca lima kali al-Fatihah, baharulah ketiga-tiga gadis tadi hilang dari pandangan.”
Menurut Sidek ketika itulah baru dia terdengar ada suara orang memanggilnya yang rupa-rupanya mencari dia yang hilang.
Ketua operasi warga Oya, Arini Suhali mengakui mereka menjumpai Sidek pada 3.45 di dalam hutan tidak jauh dari Kampung Oya dalam keadaan basah kuyup dengan gulungan rotan tergantung di leher.
Mangsa dibawa ke klinik Oya sebelum balik ke rumahnya. -Kredit EBerita