Adi Putra telah tampil memberi komen apabila rumah tangga dengan isteri kedua dikatakan sedang bergolak.
Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul apabila mengatakan hubungan dengan isteri kian retak.
Ini jawapan dari Adi Putra sendiri:
"Kalau rumah tangga saya berantakan atau bermasalah, saya takkan berada di sini sekarang.
"Saya juga takkan menerima tawaran berlakon jika ingin melarikan diri kerana saya tahu sudah tentu ada pihak akan bertanya"
"Sebagai artis, orang nampak dan mengambil tahu mengenai diri saya. Isteri saya bukan artis, jadi apabila dakwaan sebegini timbul, kesannya adalah pada diri saya.
"Dalam dunia seni, bukan sesuatu yang mustahil adanya perasaan dengki dan fitnah. Cuma, macam mana kita hendak menghadapinya?
"Hubungan dengan isteri-isteri saya masih baik dan kami menjalani kehidupan seperti biasa,"
"Komunikasi sangat penting dalam perhubungan dan sebagai isteri, mereka perlu tahu kepentingannya bagi mengelakkan sebarang masalah,"
"Kalau sudah ditakdirkan belum rezeki saya untuk memiliki zuriat sendiri, saya kena reda dan tidak boleh menolak ketentuan Tuhan,"
Semoga Adi dan isteri isteri berbahagia hendaknya.