Loading...
Cite Malaya

Demi Membalas Dendam Terhadap Isterinya, Seorang Lelaki Telah Hukum Anak Perempuannya Dengan …!!!

Demi Membalas Dendam Terhadap Isterinya, Seorang Lelaki Telah Hukum Anak Perempuannya Dengan …!!!| Chengdu, China: Seorang lelaki tergamak meninggalkan anak perempuannya yang berusia dua tahun di kawasan perkuburan dengan diikat pada pokok buluh sebagai membalas dendam terhadap bekas isterinya. Media tempatan melaporkan, kanak-kanak itu ditemui penduduk kampung dalam keadaan ketakutan dan kesejukan di kawasan perkuburan di bandar Lifu di wilayah Sichuan, baru-baru ini.
Kanak-kanak itu ditemui seorang penduduk kampung yang terdengar suara budak menangis di kawasan perkuburan berkenaan. Ketika ditemui, kanak-kanak itu menggigil dan mukanya juga bertukar menjadi biru akibat terlalu lama terdedah kepada cuaca sejuk. Satu papan tanda juga diletakkan di belakang kanak-kanak itu yang memberitahu nama budak itu adalah Ding Ding dan dia adalah anak kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Wang.
Sumber:http://ift.tt/2kWGVNG

About Cite Malaya

Powered by Blogger.