Loading...
kisahbenar

Dato’ Lee Chong Wei VS Morten frost ! Rupa2nya ini Kisah Sebenar Krisis Mereka !!!

Dato’ Lee Chong Wei VS Morten frost ! Rupa2nya ini Kisah Sebenar Krisis Mereka !!!| PETALING JAYA: ‘Perang dingin’ antara Datuk Wira Lee Chong Wei dan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost tidak menunjukkan sebarang petanda akan reda apabila jaguh badminton negara itu mengakui krisis yang tercetus sukar dipulihkan.

Menurut Chong Wei, beliau tidak pernah diperlakukan sedemikian (berselisih faham) sepanjang 18 tahun bersama BAM selain tidak pernah dikaitkan dengan masalah disiplin dan hanya menurut arahan. “Selama bersama dengan BAM, saya tidak pernah meminta apa-apa. Ini kali pertama saya bertindak sedemikian.

“Saya tidak tahu apa masalah dia (Frost). Depan-depan dia baik dengan saya tapi di belakang banyak benda dia buat,”  katanya merujuk kepada kritikan yang dilontarkan oleh Frost terhadapnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media majlis pelantikannya sebagai duta XOX Mobile di ibu negara pada Khamis.

Ketika ditanya mengenai keputusan beliau untuk meninggalkan BAM jika perselisihan faham yang berlaku itu tidak berkesudahan, Chong Wei berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Al Amin Abdul Majid untuk membuat keputusan.

“Perkara itu saya serahkan kepada Tan Sri untuk membuat keputusan dan saya tidak kisah mengenai perkara itu. Sebelum ini beliau ada menyatakan untuk berjumpa saya dan Morten berkenaan isu ini. “Berkemungkinan juga saya akan berjumpa dengan Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria untuk berbincang mengenai perkara ini”.

Dalam perkembangan lain, Chong Wei berkata dia kini sedang berusaha untuk pulih sepenuhnya bagi menghadapi kejohanan All England yang akan berlangsung di Barclaycard Arena, Birmingham, England dari 7 hingga 12 Mac ini. “Kejohanan itu merupakan salah satu target saya untuk tahun ini dan saya akan berusaha sehabis baik untuk pulih dari kecederaan dalam masa dua minggu setengah.

“Untuk kembali ke gelanggang, saya perlu pulih sepenuhnya dan memandangkan umur saya yang semakin lanjut, ia bukanlah sesuatu yang mudah”, ujarnya. Krisis antara Chong Wei dan Frost bermula apabila pemain perseorangan negara itu ‘naik angin’ apabila disuruh bersara susulan kecederaan yang dialami oleh pemain nombor satu dunia itu ketika menjalani latihan pada minggu lalu.

Namun BAM menyuarakan keyakinan bahawa isu tersebut dapat diselesaikan secara profesional oleh Chong Wei dan Frost, lebih-lebih lagi menjelang beberapa kejohanan penting tahun ini.

Sumber: http://www.mstar.com.my

The post Dato’ Lee Chong Wei VS Morten frost ! Rupa2nya ini Kisah Sebenar Krisis Mereka !!! appeared first on KISAH BENARKU.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.